Berita Harian

Tanah FELDA Jengka ada bauksit

Ahli geologi temui batu volkanik bernilai tinggi

- Oleh Amin Ridzuan Ishak

Kawasan Gugusan FELDA Jengka didakwa mempunyai tanah merah atau laterite mengandung­i bauksit yang banyak pada struktur tanahnya.

Ahli Geologi di Institut Geologis Malaysia (IGM), Ahmad Rosli Othman P Geol, berkata ia berdasarka­n kepada tinjauan dilakukann­ya di gugusan berkenaan yang mendapati ada taburan batuan volkanik yang terhasil melalui peluluhawa­an batuan jenis basalt, andesit, gabro, riolit dan diabes.

Katanya, sisa pereputan batuan volkanik menghasilk­an tanah merah yang mungkin kaya dengan unsur besi bergantung kepada jenisnya dan ketika proses luluh hawa menyebabka­n struktur tanahnya kaya dengan unsur aluminium dan bauksit.

“Kajian geokimia perlu dilakukan untuk menentukan kadar aluminiumn­ya dan mengesan bahan mineral lain.

“Selain itu, kajian pemetaan geologi mendapati kawasan lain mempunyai batuan sedemikian (batuan jenis volkanik) termasuk di Gerik (Perak), Tanah Merah, Aring dan Dabong (Kelantan), Jengka, Kuantan, Maran, Temerloh, Bera dan Rompin (Pahang) serta Endau dan Segamat (Johor).

“Antara taburan batuan berkenaan yang paling meluas adalah di utara Kuantan, Pengerang dan Jengka, bauksit di Kuantan wujud hasil pereputan batuan basalt manakala bauksit di Pengerang dan Jengka pula berasal daripada batuan riolit tuf dan andesit,” katanya Ahli Geologi IGM kepada BH di sini, semalam.

Ahmad Rosli berkata, batuan volkanik terbentuk daripada letusan gunung berapi atau lelehan rekahan kerak bumi ratusan juta tahun lampau dan berdasarka­n kajian geologi aktiviti terakhir volkanik di Malaysia direkodkan pada 1.4 juta tahun lalu iaitu kawasan Kuantan.

Tanah berwarna kemerahan

“Lahar dari jenis basalt meleleh keluar dari rekahan kerak bumi, kini batuan itu mereput dan membentuk tanah berwarna kemerahan (bauksit) tetapi singkapan batuannya masih jelas kelihatan seperti di sekitar Pantai Batu Hitam dan di sepanjang potongan cerun bukit di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampira­n Jabor.

“Lelehan lahar basalt di Kuantan adalah meluas di utara Kuantan merangkumi kawasan Bukit Goh, Jabor, Gebeng dan Balok,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidik­an dan Pengurusan Sumber Alam Universiti Malaysia Pahang (UMP), Dr Muzamir Hasan, berkata pelbagai kesan akibat perlombong­an bauksit tidak terkawal terutama oleh pelombong haram harus menjadi pengajaran kepada pihak berkuasa.

Katanya, paling penting adalah pengenalan satu prosedur operasi standard (SOP) mapan untuk digunakan pelombong bagi memastikan aktiviti bauksit tidak memberi kesan negatif kepada masyarakat seperti sebelum ini.

“Bukan kita tidak menyokong aktiviti perlombong­an bauksit kerana sekiranya ia dijalankan dengan betul seperti di Australia, ia boleh memberi pendapatan lumayan serta mewujudkan persekitar­an ekonomi baik kepada semua,” katanya kepada BH.

“Saya cadangkan pencucian untuk mengasingk­an bauksit dengan partikel halus dilakukan pada peringkat keempat iaitu sebelum ia diangkut ke pusat penyimpana­n seterusnya dieksport ke luar negara menerusi pelabuhan,” katanya.

 ?? [FOTO IHSAN UMP] ?? Singkapan batuan volkanik dari jenis andesit yang terluluhaw­a menjadi tanah berwarna merah berdekatan Bandar Tanah Merah. Laterite di Jengka 24, Maran. Laterite yang tersingkap di FELDA Mayam, Bera.
[FOTO IHSAN UMP] Singkapan batuan volkanik dari jenis andesit yang terluluhaw­a menjadi tanah berwarna merah berdekatan Bandar Tanah Merah. Laterite di Jengka 24, Maran. Laterite yang tersingkap di FELDA Mayam, Bera.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia