Berita Harian

Brahim’s lancar buku resipi sempena ulang tahun ke-30

-

Kuala Lumpur: Pengeluar produk makanan jenama Brahim’s, Dewina Holdings Sdn Bhd (DHSB) melancarka­n buku resipi masakannya, Malaysia’s Favourite Traditiona­l Recipes sempena sambutan ulang tahun ke-30 Brahim’s, semalam.

Majlis pelancaran buku diterbitka­n DHSB itu disempurna­kan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bersama dua penulisnya iaitu Pengerusi Eksekutif DHSB, Datuk Seri Ibrahim Ahmad Badawi dan Pengarah Urusan Kumpulan syarikat berkenaan, Nur Fatin Ibrahim.

Ibrahim berkata, penghasila­n buku resipi itu sebagai pelengkap produk syarikat itu dengan 47 resipi berdasarka­n produk sedia ada.

Panduan berguna

“Buku resipi itu bukan saja menunjukka­n cara penyediaan masakan, malah kami turut menceritak­an pengalaman dan halangan sepanjang tempoh dalam industri pemakanan ini sebagai panduan berguna kepada usahawan yang baru memulakan perniagaan dalam industri ini.

“Lebih 40 resipi dalam buku ini dengan kaedah mudah memasaknya menggunaka­n inovasi kulinari khas untuk mereka yang suka memasak,” katanya pada majlis pelancaran dan sambutan Aidilfitri sempena ulang tahun ke-30 produk Brahim’s, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Ibrahim berkata, 5,000 naskhah buku resipi ini diterbitka­n dan orang ramai boleh mendapatka­nnya di semua cawangan kedai buku MPH Bookstore di seluruh negara pada harga RM39.90.

Sementara itu, buku resipi pertama dengan tandatanga­n Abdullah bersama dua penulisnya berjaya dilelong pada harga RM9,000 yang akan disumbangk­an kepada Yayasan Baitul Hayati iaitu yayasan di bawah syarikat itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia