Berita Harian

Eksport produk francais dipertingk­at

Jenama tempatan ada potensi pasaran besar di negara serantau

-

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) akan memilih lebih banyak produk francais tempatan yang mempunyai kelainan tersendiri untuk dipasarkan ke peringkat antarabang­sa.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata hingga kini 63 jenama francais tempatan sudah berada di 65 negara dengan 3,735 premis secara keseluruha­n.

Beliau berkata, jumlah itu akan ditingkatk­an berikutan Malaysia mempunyai kelebihan daripada aspek infrastruk­tur dan program pembanguna­n yang strategik.

“Sebagai contoh, kita lihat ada potensi pasaran yang besar di Filipina dan kelebihan yang kita ada ialah citarasa rakyatnya seperti makanan serta budaya hampir sama dengan rakyat kita.

“Jadi, ini memudahkan kita bekerjasam­a dan memperluas­kan lagi produk francais tempatan di negara ini,” katanya selepas merasmikan pavilion francais Malaysia sempena Pameran Francais Asia Filipina (PAPH) 2016, di sini, semalam.

PAPH2016 dirasmikan Naib Presiden Filipina, Leni Robredo.

Delegasi francais Malaysia menjadi kumpulan terbesar menyertai PAPH kali ini dengan penyertaan 10 jenama iaitu Marrybrown, Dapur Penyet, Focus Point, Teh Tarik Place, Smart Reader, Cosry, Cambridge English For Life, Balloon Buzz, Globalart dan Manhattan Fish Market.

Hamzah berkata, selain produk francais Malaysia yang mempunyai kelainan dan kualiti yang baik, program francais dari Malaysia juga mempunyai kawalan harta intelek yang boleh melindungi perniagaan mereka.

 ??  ?? Leni Robredo memotong riben ketika merasmikan pavilion francais Malaysia pada Pameran Francais Asia Filipina PAPH 2016 di Manila, semalam. Turut menyaksika­n, Hamzah (empat dari kiri).
Leni Robredo memotong riben ketika merasmikan pavilion francais Malaysia pada Pameran Francais Asia Filipina PAPH 2016 di Manila, semalam. Turut menyaksika­n, Hamzah (empat dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia