Berita Harian

Peti Tangkap Matahari ketika kecemasan

Perunding cipta set bekalan elektrik guna tenaga solar

- Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Seorang perunding bekalan elektrik mencipta set bekalan elektrik menggunaka­n tenaga solar yang sesuai digunakan ketika kecemasan, terutama bagi mangsa banjir.

Mohd Azrai Mohd Aris, 38, berkata alat itu sedia digunakan selepas melakukan penyelidik­an sendiri sejak Disember 2014.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perhubunga­n Elektrik Universiti Teknologi Malaysia itu berkata, alat yang dinamakan Peti Tangkap Matahari itu hanya seberat lima kilogram yang mempunyai panel solar kecil berupaya menyimpan tenaga elektrik bagi pelbagai kegunaan ketika kecemasan.

Alat itu membekalka­n 7,000 miliampere-hour (mah) yang boleh digunakan untuk mengecas telefon bimbit berulang kali, menyalakan mentol bawah 100 watt, memanaskan air dan tiga jam penggunaan komputer riba.

Guna teknologi TESLA

Alat itu juga menggunaka­n teknologi TESLA, iaitu elektro mekanik atau pembekalan tenaga secara tanpa kabel.

Dalam demonstras­i kepada BH, beliau membuktika­n ciptaannya itu mampu menyalakan lampu, memanaskan air, memasak nasi menggunaka­n periuk kecil, mengecas telefon bimbit, komputer riba, selain menghidupk­an mentol jenis CFL.

“Istimewa alat ini ialah ia tidak perlu wayar untuk menyalakan lampu, sebaliknya pengguna hanya perlu menyentuh mentol kepada badan set solar itu,” katanya.

Alat itu juga boleh dicaj dengan bateri kereta atau bekalan elektrik kediaman, selain menyimpan tenaga solar pada waktu mendung.

Katanya, set itu praktikal sebagai kemudahan di pusat pemindahan banjir dan bencana iaitu sebagai bekalan kecemasan.

Malah, katanya, alat itu juga mampu menjimatka­n tenaga elektrik menerusi penggunaan tenaga solar bagi kegunaan ringan di dalam kediaman seperti komputer dan mengecas telefon bimbit atau tablet, perkhemaha­n atau aktiviti rekreasi di hutan.

Beliau berkata, ilham penciptaan alat itu diperoleh apabila melihat kesukaran mangsa banjir besar pada Disember 2014 yang terputus bekalan elektrik berhari-hari sehingga ada yang terpaksa memberi bayi minum susu sejuk, terputus hubungan telefon yang kehabisan bateri atau merendam mi segera dalam air sejuk kerana ketiadaan tenaga.

Anggaran harga bagi seunit alat itu ialah antara RM750 hingga RM950 tetapi ia mungkin lebih murah jika menerusi subsidi pihak tertentu bagi kegunaan mangsa bencana.

 ?? [FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] ?? Mohd Azrai menunjukka­n demonstras­i penggunaan Peti Tangkap Matahari di Balai Berita NSTP, Bangsar, baru-baru ini.
[FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] Mohd Azrai menunjukka­n demonstras­i penggunaan Peti Tangkap Matahari di Balai Berita NSTP, Bangsar, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ?? Panel solar kecil.
Panel solar kecil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia