Berita Harian

Tiada saluran air teratur punca banjir kilat

Kejadian dikesan berlaku di kawasan pembinaan MRT

- Oleh Safeek Affendy Razali

Hujan lebat di sekitar ibu negara petang semalam menyebabka­n beberapa laluan utama dinaiki air hingga mengakibat­kan banjir terutama di Cheras, Pudu, Wangsa Maju dan Brickfield­s.

Sebahagian besar laluan di bawah jejambat Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Taman Cheras Baru, dinaiki air setengah meter selepas hujan lebat sejak jam 3.15 petang.

Keadaan itu menyebabka­n kesesakan teruk sehingga jam 4.30 petang apabila sebahagian besar kenderaan yang melalui jalan di depan Hospital Pantai Cheras Baru memberhent­ikan kenderaan mereka kerana bimbang dimasuki air.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata keadaan kembali pulih seperti biasa apabila air mulai surut namun tidak lama selepas hujan lebat kembali melanda pada jam 5.30 petang.

“Antara kawasan lain dinaiki air di beberapa lokasi Jalan Cheras menghala ke Kajang apabila air mula naik di kawasan depan pusat beli-belah Leisure Mall disebabkan kerja pembinaan Mass Rapit Transit (MRT).

“Pihak kami menggerakk­an pegawai dan anggota ke lokasi yang dinaiki air terutama di kawasan kediaman berhampira­n bagi memantau sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku selain,” katanya.

Selain itu, banjir kilat turut melanda beberapa kawasan lain seperti laluan sekitar pintu masuk ke Universiti Malaya dan Kampung Cheras Baru akibat air yang melimpah dari sungai dan longkang berhampira­n.

“Berdasarka­n pemerhatia­n awal, kejadian banjir dikesan berlaku di kawasan pembinaan disebabkan tiada saluran air ke longkang terutamany­a di kawasan pembinaan MRT.

Tiada kemalangan jiwa

“Sehingga air didapati surut sekitar jam 7 malam tadi (semalam) tiada sebarang kemalangan jiwa dilapor berlaku,” katanya.

Di kejadian banjir turut dilaporkan di beberapa lokasi sekitar Damansara, Subang dan Lebuh Raya Persekutua­n.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Sani Harul, berkata hujan lebat berterusan menyebabka­n air melimpah ke kawasan rendah menyebabka­n banjir setinggi 0.3 meter hingga 1 meter.

“Sehingga jam 8 malam tadi, air mulai surut dan tiada sebarang amaran berpindah dikeluarka­n,” katanya.

Selangor,

 ?? [FOTO IHSAN PEMBACA] ?? Keadaan banjir kilat akibat hujan lebat berterusan menyebabka­n kesesakan teruk di sekitar laluan ke Lapangan Terbangsul­tan Abdul Aziz Shah Subang, semalam.
[FOTO IHSAN PEMBACA] Keadaan banjir kilat akibat hujan lebat berterusan menyebabka­n kesesakan teruk di sekitar laluan ke Lapangan Terbangsul­tan Abdul Aziz Shah Subang, semalam.
 ?? [FOTO IHSAN BOMBA] ?? Air naik setinggi 0.5 meter di Jalan Cheras - Kajang selepas hujan lebat sejak jam 4.30 petang, semalam.
[FOTO IHSAN BOMBA] Air naik setinggi 0.5 meter di Jalan Cheras - Kajang selepas hujan lebat sejak jam 4.30 petang, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia