Berita Harian

Budak jatuh longkang dipercayai lemas belum ditemui

-

Ampang: Murid Sekolah Kebangsaan Agama Tasik Tambahan Ampang (SKATTA) Mohd Akmal Hamdan, 10, yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam longkang berhampira­n sekolahnya petang kelmarin, masih belum ditemui.

Sepanjang operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan sejak pagi hingga petang semalam, pasukan penyelamat dari Balai Bomba Pandan Indah menumpukan pencarian di sekitar Sungai Kerayong, di sini.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Sani Harul, berkata operasi terbabit turut membabitka­n polis, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) serta dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur.

“Usaha mengesan mangsa dilakukan di dua kawasan perangkap sampah dari lokasi mangsa dilihat dihanyutka­n arus deras di Tasik Tambahan sehingga ke kawasan Flat Sri Johor di Cheras dalam jarak lapan kilometer.

Guna tiga kayak dalam operasi

“Bagaimanap­un, usaha mengesan mangsa oleh 85 anggota penyelamat ini terpaksa dihentikan sekitar jam 4 petang akibat hujan lebat dan arus deras,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Sani berkata, pihaknya turut menggunaka­n tiga unit kayak dalam operasi ini bermula di kawasan longkang di Tasik Tambahan sehingga ke perangkap sampah Sungai Kerayong.

“Esok (hari ini) usaha mengesan mangsa akan ditumpukan di kawasan tebing sungai manakala pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur akan membantu mengesan mangsa di kawasan Sungai Kerayong sehingga ke Sungai Gombak.

“Ada dua perangkap sampah masing-masing satu di Sungai Kerayong dan Sungai Gombak dan pasukan penyelamat akan berusaha mengesan di lokasi berkenaan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia