Berita Harian

Pemandu bas langgar treler ada 6 saman tertunggak

-

Kampar: Pemandu bas persiaran yang merempuh belakang sebuah treler hingga menyebabka­n beliau parah sementara 13 penumpang cedera ringan di Kilometer 310.3, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, di sini semalam, mempunyai enam saman tertunggak.

Semakan melalui portal MYEG berdasarka­n Mykad dan nama pemandu berusia 35 tahun yang parah itu mendapati, dua daripada saman berkenaan membabitka­n kesalahan hilang kawalan manakala dua lagi kesalahan lampu isyarat.

Sumber polis pula mengesahka­n bas persiaran terbabit mempunyai sembilan saman tertunggak.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superinten­dan Ng Kong Soon, berkata dalam kemalangan jam 2.20 pagi, pemandu berkenaan tersepit di tempat duduknya selepas bas membawa 18 penumpang yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Genting Highlands itu merempuh belakang treler yang bergerak perlahan di hadapannya di lorong kiri.

Beliau berkata, kejadian menyebabka­n pemandu terbabit parah pada tangan dan kaki kanan manakala 13 penumpang termasuk tiga warga asing cedera ringan.

Katanya, semua penumpang yang cedera serta pemandu berkenaan dihantar ke Hospital Tapah untuk rawatan.

“Bagaimanap­un, semua penumpang dibenarkan keluar wad hari ini (semalam) manakala pemandu bas dipindahka­n ke sebuah hospital swasta di Pulau Pinang.

Ambil sampel darah

“Polis sudah mengambil sampel darah dan menjalanka­n ujian air kencing terhadap pemandu bas berkenaan bagi menentukan sama ada pemandu berkenaan terbabit dalam kes penyalahgu­naan dadah ketika memandu dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

“Pemandu treler berusia 46 tahun itu bersama kelindanny­a tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Kong Soon berkata, siasatan awal mendapati, treler yang membawa muatan batu kapur itu dalam perjalanan dari Gopeng menuju ke Tapah dan berada di lorong kiri lebuh raya.

“Setibanya di lokasi kejadian, treler berkenaan dirempuh bas terbabit yang datang secara tiba-tiba dari arah belakang” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng, Nor Zamri A Wahab berkata, anggotanya yang tiba di lokasi kejadian mendapati pemandu bas tersepit di tempat duduknya, manakala penumpang lain sudah keluar dari bas berkenaan.

 ?? [FOTO YAHYA ZAINUDDIN/BH] ?? Kong Soon (kiri) melihat keadaan bas yang merempuh belakang treler di kilometer 310.3 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, semalam.
[FOTO YAHYA ZAINUDDIN/BH] Kong Soon (kiri) melihat keadaan bas yang merempuh belakang treler di kilometer 310.3 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia