Berita Harian

2 pelajar UITM maut, kereta rempuh lori

Kenderaan dipandu hilang kawalan

- Oleh Mohd Roji Kawi

Perjalanan awal pagi tiga penuntut Universiti Teknologi MARA (UITM) Kampus Samarahan, di sini, berakhir tragedi apabila dua daripadany­a maut dalam kemalangan di Kilometer 11, Jalan Kota Samarahan-tabuan Jaya, semalam.

Dalam kejadian pada jam 4.15 pagi itu, Siti Nor Zaineh Jainuddin, 25, dan Myrna Ejul, 23, maut di tempat kejadian, manakala pemandu kereta PERODUA Kelisa yang dinaiki mereka, Valerie Cynthia Hendrew, 23, parah dan masih dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Mangsa berasal dari Sabah

Berdasarka­n alamat pada dokumen pengenalan diri, kedua-dua mangsa yang meninggal dunia berasal dari Sandakan, Sabah, manakala pemandu kereta berasal dari Kota Belud, Sabah.

Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, Deputi Superinten­dan Alexson Naga, berkata kemalangan membabitka­n sebuah lori yang dipandu seorang lelaki berusia 46 tahun.

“Ketika kejadian, kedua-dua kenderaan dalam perjalanan arah sama iaitu menghala Samarahan. Bagaimanap­un, pemandu PERODUA Kelisa berkenaan hilang kawalan dan merempuh belakang lori, berhampira­n lampu isyarat Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

“Ia menyebabka­n kereta dinaiki ketiga-tiga mangsa remuk teruk akibat rempuhan itu dengan mangsa tersepit di tempat duduk masingmasi­ng,” katanya.

Alexson berkata, mayat mangsa dihantar ke HUS. Pemandu kereta yang parah di kepala dan badan kini dirawat di HUS. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sementara itu, lapan anggota bersama satu jentera dan unit EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan ke tempat kejadian bagi membantu mengeluark­an mangsa

 ??  ?? Keadaan PERODUA Kelisa yang remuk selepas merempuh belakang lori di Kilometer 11, Jalan Kota Samarahan-tabuan Jaya, semalam.
Keadaan PERODUA Kelisa yang remuk selepas merempuh belakang lori di Kilometer 11, Jalan Kota Samarahan-tabuan Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia