Berita Harian

5 bebas tuduhan pakatan membunuh

Pendakwa gagal buktikan prima facie, wujud kelomponga­n dalam kes dua tahun lalu

- Oleh Siti Nurazlinee Azmi

Mahkamah Sesyen melepas dan membebaska­n lima lelaki termasuk seorang pegawai polis semalam, atas tuduhan melakukan pakatan jenayah untuk membunuh, tahun lalu.

Hakim Amernuddin Ahmad membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie pada akhir kes dan wujud kelomponga­n dalam kes berkenaan.

Pegawai polis berpangkat Asisten Superinten­dan, Haris Faddila Hasim, 40; dua bekas anggota polis, Mohd Nizam Manshor, 35, dan Indra Zaidi Zamani, 33; ahli perniagaan, Lau Ngik Yin, 46 serta pengawal peribadiny­a, Zainuddin Rosman, 37, dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Melakukan pakatan jenayah

Berdasarka­n pertuduhan, mereka didakwa bersama melakukan pakatan jenayah dan bersetuju melakukan perbuatan menyalahi undang-undang iaitu bunuh yang bertentang­an dengan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di Jalan Bukit Bintang, di sini pada awal April dan 15 Jun tahun lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 120 B(1) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 115 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Ezrene Zakariah, mengemukak­an lapan saksi manakala lima tertuduh masing-masing diwakili peguam Gobind Singh Deo, Jackie Long dan T Shashi Devan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia