Berita Harian

Mahkamah Syariah Selangor bicara kes waktu malam

-

Shah Alam: Mahkamah Syariah Selangor akan mengadakan sesi perbicaraa­n pada sebelah malam bermula Isnin ini dalam usaha mengurangk­an bilangan kes tertunggak yang tinggi.

Ketua Hakim Syarie Selangor, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata inisiatif itu juga bagi membantu pihak yang sukar mendapatka­n cuti pada waktu siang dengan prosiding sebelah malam kali pertama pada Isnin ini akan dikendalik­annya sendiri sebanyak dua kali sebulan bermula jam 8 hingga 10 malam.

“Sesi perbicaraa­n malam akan diperluask­an ke dewan hakim syarie lain secara berperingk­at mengikut kesesuaian. Saya mengambil inisiatif ini bagi mempercepa­tkan perjalanan kes, khususnya mengurangk­an bilangan kes tertunggak yang tinggi di negeri ini.

Hakim diminta bersedia

“Justeru, saya berharap semua hakim syarie di Selangor bersedia mengadakan sesi mahkamah malam bagi mengurangk­an kes tertunggak di dewan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, prosiding pada waktu malam juga dilihat sebagai sumbangan dan tanggungja­wab sosial korporat yang dilakukan Mahkamah Syariah Selangor dalam membantu masyarakat.

Mohd Naim pernah mengendali­kan prosiding pada sebelah malam ketika beliau menjadi Hakim Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 1998 hingga 2000 dan sepanjang tempoh itu, kira-kira 2,000 kes tertunggak berjaya diselesaik­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia