Berita Harian

Gurauan bawa bom dalam beg beri padah

Pasangan warga Indonesia sebabkan penerbanga­n di LTAPP tertangguh 2 jam didenda

- Oleh Rudy Syareme Sheriffudi­n

Gurauan kononnya membawa beg berisi bom membuatkan sepasang suami isteri warga Indonesia ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang (LTAPP) di sini, petang kelmarin.

Kawan Tambunan, 48, dan isterinya, Wahyunings­ih, 47, ditahan pada jam 5.55 petang ketika berada dalam pesawat untuk berlepas dari Pulau Pinang ke Jakarta.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superinten­dan Anuar Omar, berkata pasangan terbabit awalnya diminta oleh pramugari supaya meletakkan beg yang dibawa di ruang disediakan dalam pesawat.

Bagaimanap­un, katanya, pasangan terbabit mendakwa beg berkenaan mengandung­i wang dan bom.

“Sebagai langkah keselamata­n, perkara itu dimaklumka­n kepada penyelia dan pihak keselamata­n untuk tindakan lanjut bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Mengaku bergurau

“Siasatan mendapati mereka datang ke Pulau Pinang kerana seorang daripadany­a menjalani rawatan masalah jantung sejak 17 Julai lalu.

“Suspek lelaki mengaku bergurau dengan pramugari berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya di sini, semalam.

Kawan dan Wahyunings­ih didakwa di Mahkamah Majistret Balik Pulau semalam, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 10(3) Akta Penerbanga­n Awam.

Mereka mengaku bersalah dan Kawan didenda RM1,000.

Polis turut merampas pasport dan semua barangan mereka untuk siasatan lanjut.

Anuar berkata, polis memandang serius perkara itu kerana ia adalah kejadian ketiga membabitka­n warga Indonesia, tahun ini.

Katanya, gurauan tidak bertempat itu menyebabka­n penerbanga­n tertangguh dua jam untuk siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia