Berita Harian

Helah ibu tunggal tukar wang palsu tak menjadi

Suspek dipercayai terbabit sindiket penipuan ‘black money’

- Oleh Nor Azizah Mokhtar

Helah seorang ibu tunggal mahu menukar wang rosak kononnya terkena air di kaunter tukaran Bank Negara Malaysia (BNM), terbongkar apabila disedari ia adalah palsu.

Pesara kerajaan berusia 61 tahun itu dikatakan mengunjung­i kaunter berkenaan bersama 102 keping wang RM100 bernilai RM10,200, dengan harapan mendapat wang baharu.

Dalam kejadian 13 Julai itu, pegawai kaunter terbabit menyedari wang diberi adalah palsu dan segera melaporkan­nya kepada pihak polis bantuan di situ sebelum menahan suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany, berkata suspek mengeluark­an wang berjumlah RM10,000 dari sebuah bank di Ipoh, Perak sehari sebelumnya.

“Wang itu didakwa disimpan dalam kocek seluar dan terlupa dikeluarka­n ketika mencuci pakaian.

Wang kertas tulen

“Apabila disiasat, wang RM10,000 yang diserahkan oleh pihak bank didapati wang kertas tulen, sekali gus menimbulka­n tanda tanya.

“Berikutan itu, kita menyerbu rumah anak perempuan suspek di Seksyen 7, Shah Alam pada 14 Julai lalu dan menemui satu kotak plastik berisi ribuan keping ‘black money’ dan sebotol cecair ‘pencuci wang’ dalam sebuah bilik,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Difahamkan, wanita itu menetap di Ipoh dan menumpang tidur di rumah anaknya kerana ingin ke Bank Negara.

Sindiket black money

Izany berkata, penemuan itu meyakinkan polis bahawa suspek terbabit dengan kegiatan sindiket penipuan ‘black money’ didalangi warga Afrika.

“Wang palsu yang cuba ditukar dipercayai diperoleh daripada anggota sindiket berkenaan,” katanya.

Katanya, suspek akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun, jika sabit kesalahan.

 ?? [FOTO ADI SAFRI/BH] ?? Izany (kanan) menunjukka­n bahan kes pemalsuan wang pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ADI SAFRI/BH] Izany (kanan) menunjukka­n bahan kes pemalsuan wang pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia