Berita Harian

Pasangan kekasih hidup mewah hasil kad kredit curi

-

Kuala Lumpur: Tindakan menjual semula gajet yang dibeli menggunaka­n kad kredit curi, membolehka­n sepasang kekasih hidup dalam kemewahan.

Mereka dikatakan memecah masuk kenderaan pengunjung taman rekreasi sekitar Lembah Klang bagi mencuri barang berharga termasuk kad kredit ditinggalk­an.

Bagaimanap­un, kegiatan itu terbongkar apabila seorang lelaki menerima mesej di telefon daripada bank pengeluar kad kreditnya berhubung transaksi pembelian dua telefon bimbit bernilai RM8,398, 3 Mac lalu.

Nafi membuat pembelian

Mangsa berusia 59 tahun yang bekerja sebagai penjaga stor itu menafikan pembelian itu sebelum menyedari kad kreditnya tiada dalam dompet.

Lelaki itu membuat laporan polis dan menyatakan kad kreditnya masih berada dalam dompet ketika disimpan dalam kereta sebelum beriadah di taman Bukit Jalil.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany, berkata susulan siasatan, polis menyerbu sebuah rumah di Pelangi Court, Bandar Baru Klang, Selasa lalu.

Katanya, mereka menahan seorang lelaki tempatan dan wanita warga China, masingmasi­ng berusia 49 dan 43 tahun.

“Mereka menyasarka­n mangsa yang meninggalk­an dompet, beg tangan atau barang berharga dalam kereta sebelum beriadah di taman rekreasi sekitar Lembah Klang.

“Suspek menggagalk­an fungsi alat pengunci automatik kereta menggunaka­n penyesak (jammer) atau membuka kenderaan tanpa penggera menggunaka­n ‘allen key’ yang diubah suai,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Izany berkata, suspek mengunjung­i pusat beli-belah dan membeli gajet mahal seperti telefon pintar sebeium menjual semula pada harga rendah berbanding harga pasaran.

Katanya, suspek lelaki itu mempunyai lima rekod lampau dan polis giat memburu dua lagi suspek yang dipercayai rakan subahat pasangan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia