Berita Harian

Suami Adira akui sukakan Ruhainies

Sedia jadikan aktres muda isteri ketiga

- Oleh Feride Hikmet Atak

Suami penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan Abu, mengaku keluar bersama aktres muda, Ruhainies, seperti dipaparkan dalam video yang tersebar di laman sosial, kelmarin.

Katanya, walaupun sedar risiko bakal dihadapi, beliau senang dengan kehadiran pelakon itu, malah sedia menjadikan gadis berkenaan sebagai isteri ketiga jika mereka dijodohkan berdua.

“Saya dan Ruhainies tiada sebarang hubungan. Tetapi saya akui sukakan dia. Apabila saya merangkul pinggang dan kami berpeganga­n tangan, saya anggap dia juga ada perasaan sama. Nak buat macam mana, tangan saya seperti ‘automatik’ pula,” katanya ketika dihubungi BH.

Kelihatan mesra

Adnan berkata demikian ketika mengulas video yang disebarkan di laman sosial membabitka­n dirinya dan Ruhainies.

Menerusi video itu, mereka kelihatan mesra ketika berjalan bersama di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu negara.

Dalam rakaman terbabit, Adnan turut dilihat merangkul pinggang Ruhainies ketika menaiki tangga bergerak selain berpeganga­n tangan di luar premis itu.

Ditanya adakah Adira dan isteri pertamanya dikenali sebagai Datin Red menyedari mengenai perkara terbabit, Adnan berkata, hanya penyanyi itu yang mengetahui­nya.

Dakwa diperangka­p

“Adira sudah tahu mengenai hal ini kerana ada beberapa wartawan menghubung­inya. Cuma Datin Red belum tahu. Risau juga apa reaksinya. Namun, sebagai suami yang jujur, saya akan minta izin jika mahu berkahwin lagi, ” katanya.

Sementara itu, Ruhainies menerusi sebuah portal menyatakan beliau diperangka­p Adnan dan video disebarkan itu dianggap sebagai taktik lelaki terbabit mengenakan dirinya.

Adira pula belum bersedia memberi ulasan berhubung perkara itu, seperti dilapor sebuah portal lain.

 ??  ?? Video Adnan merangkul pinggang Ruhainies ketika menaiki tangga bergerak di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu kota tersebar di laman sosial, kelmarin.
Video Adnan merangkul pinggang Ruhainies ketika menaiki tangga bergerak di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu kota tersebar di laman sosial, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia