Berita Harian

Pelajar terjun bangunan merajuk kena marah ibu

Mangsa patah paha kiri, retak tulang punggung masih dirawat di Hospital Kulim

- Oleh Azahar Hashim

Hanya kerana dimarahi ibunya, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun sanggup terjun dari tingkat dua bangunan sekolahnya yang nyaris meragut nyawanya di Padang Serai di sini, kelmarin.

Pelajar itu yang terjun pada ketinggian kira-kira 12 meter pada jam 2.40 petang, kini terlantar di Hospital Kulim kerana patah paha kiri, retak tulang punggung serta cedera di muka dan tengkuk.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superinten­dan Barudin Wariso, berkata siasatan awal mendapati pelajar itu dimarahi ibunya sejurus pulang dari sekolah kerana dikatakan gagal membayar balik wang RM30 yang dipinjam daripada rakannya.

Pelajar itu yang tidak tahan dengan leteran ibunya, sempat memaklumka­n kepada adiknya mengenai hasrat untuk mati sebelum terus keluar rumah dengan menunggang motosikal.

Duduk atas tembok

Tidak lama kemudian, dia dilihat duduk di atas tembok koridor di tingkat dua bangunan sekolah dalam keadaan mencurigak­an.

“Pelajar lain cuba menghampir­inya untuk mengelak kejadian tidak diingini tetapi gagal apabila dia terjun dan jatuh di atas tar berdekatan longkang.

“Dia yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh diri.

 ?? [FOTO IHSAN PDRM] ?? Guru dan pelajar memberi bantuan kepada mangsa yang cedera akibat terjun dari bangunan sebuah sekolah menengah di Kulim, kelmarin.
[FOTO IHSAN PDRM] Guru dan pelajar memberi bantuan kepada mangsa yang cedera akibat terjun dari bangunan sebuah sekolah menengah di Kulim, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia