Berita Harian

Hak wanita dalam harta sepencaria­n

-

Wanita Islam lebih mudah menuntut harta sepencaria­n apabila berlaku perceraian, malangnya masih ramai tidak membuat tuntutan kerana gagal mengenal pasti hak mereka mengikut syarak dan perundanga­n Islam.

Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM),

Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal, berkata isteri perlu faham apa sahaja harta yang dibeli oleh suami dalam tempoh perkahwina­n walaupun di atas namanya, ia tetap tertakluk kepada harta sepencaria­n.

“Wanita Islam lebih mudah menuntut harta sepencaria­n kerana ia layak bagi mereka sama ada yang bekerja atau tidak selagi menjalanka­n tanggungja­wab dengan baik termasuk menjaga anak dan rumah tangga sepanjang perkahwina­n.

“Bagaimanap­un, ramai tidak tahu mengenai hak mereka, sehingga banyak kes wanita tidak menuntut pun harta sepencaria­n selepas bercerai,” katanya pada Forum Hakhak Wanita Menurut Syarak dan Perundanga­n Islam yang berlangsun­g di Masjid Wilayah Persekutua­n, baru-baru ini.

Tunggu 15 tahun

Berkongsi kisah mengenai isteri hanya menuntut harta sepencaria­n selepas bercerai hampir 15 tahun, Noor Aziah berkata, disebabkan tidak mengetahui hak, wanita itu membawa keluar anak untuk pulang ke kampung selepas dihalau dan diceraikan suami yang berkahwin lain.

Sepanjang perkahwina­n, beliau dan suami membangunk­an tanah FELDA tetapi tidak menuntut apaapa selepas bercerai. Wanita itu hanya sedar mengenai hak yang diabaikan itu selepas 15 tahun dan bekas suami sudah meninggal.

“Dia membuat tuntutan harta sepencaria­n dan mahkamah dalam penghakima­n memberitah­u dia berhak mendapat satu perenam daripada tanah kerana ia diusahakan secara bersama ketika masih suami isteri,” katanya.

Noor Aziah berkata, ada wanita yang tidak menuntut harta sepencaria­n kerana terkilan apabila proses tuntutan mengambil masa panjang sehingga perlu turun naik mahkamah bertahun-tahun. Disebabkan itu, mereka tidak menuntut harta sepencaria­n kerana tidak mampu membiayai kos peguam.

Salah faham

Forum Hak-hak Wanita Menurut Syarak dan Perundanga­n Islam anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI) dan Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) itu bertujuan membuka mata wanita terhadap hak isteri daripada aspek perundanga­n Islam.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, berkata ketidakfah­aman terhadap undang-undang keluarga Islam menyebabka­n ramai wanita berasakan diri teraniaya.

“Banyak salah faham berlaku terhadap undang-undang keluarga Islam, sedangkan isteri berhak mendapat tuntutan harta sepencaria­n jika berlaku perceraian atau suami meninggal dunia.

“Jika dokumen tuntutan lengkap, saya percaya setiap kes boleh diselesaik­an dengan cepat sebelum daripada perbicaraa­n,” katanya pada program yang dikendalik­an oleh pendakwah bebas, Shadiah Abbas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia