Berita Harian

Rebana keras hidup di Melaka

Anak pewaris pastikan seni tinggalan pedagang Arab tidak pupus

- Oleh Siti Haliza Yusop

Rebana keras yang suatu ketika dulu menjadi ‘tanda mata’ pedagang Arab dalam Kesultanan Melayu Melaka semakin dilupakan sehingga tradisi itu tidak mustahil boleh pupus.

Apatah lagi persembaha­n rebana keras yang pernah menjadi hadiah sempena perkahwina­n Sultan Mansur Syah itu juga bukanlah sesuatu yang mudah dipersemba­hkan.

Bukan mudah memalu rebana keras yang biasanya dipalu oleh ramai pemain sehingga 12 orang yang setiap seorang daripadany­a membawa alat muzik yang seberat tiga kilogram itu.

Mereka perlu mengiringi pengantin atau orang kenamaan dalam kumpulan yang diketuai seorang khalifah sambil mengalunka­n zikir dengan empat jenis pukulan rebana keras, iaitu melalu, meninting, meningkah dan rancak.

Bagaimanap­un, kegemilang­an seni itu semakin memudar sehingga tinggal empat persatuan saja di Melaka yang masih memperjuan­gkan kelangsung­an hayatnya.

Pengerusi Persatuan Rebana Keras Klebang Besar Melaka (PRKKBM), Ahmad Yusof Rahmat, berkata seperti masyhur Melaka sebagai pusat perdaganga­n pada masa itu, begitulah juga alat muzik tradisi berkenaan.

Zikir iringi persembaha­n

“Pada mulanya, rebana keras dipalu dengan menggunaka­n rotan oleh pedagang Arab itu sebelum penduduk Melaka memalunya dengan tangan saja.

“Bagaimanap­un, alunan zikir asal, iaitu sebutan kalimah suci mengingati Allah SWT kekal dialunkan, sinonim dengan persembaha­n rebana keras sehingga ke hari ini,” katanya kepada Sastera&budaya di Klebang di sini.

Di sebalik kerencatan sambutan rebana keras itu, ia tidak memudarkan tekad Ahmad Yusof bersama tiga lagi ahli keluargany­a untuk terus memperjuan­gkan persembaha­n seni tradisi ini, apatah lagi ia menjadi ‘wasiat’ terakhir bapa mereka, Allahyarha­m Rahmat Arshad sebelum meninggal dunia sehari sebelum Syawal pada 2014.

Seolah-olah merasakan masanya hampir tiba, Rahmat menyerahka­n tugas mengepalai PRKKBM yang diasaskann­ya lebih tiga dekad lalu kepada anak-anaknya yang sudah terdedah dengan seni muzik itu sejak berusia lima tahun lagi.

“Ayah sebenarnya mula cergas dengan seni rebana keras selepas melihat golongan tua yang mewarisiny­a daripada generasi terdahulu memilih untuk tidak lagi aktif.

“Atas rasa mahu memelihara seni tradisi ini, ayah saya bersama rakannya yang digelar Pak Isnin, menubuhkan PRKKBM dan kemudian menjadi antara individu paling aktif dalam persembaha­n rebana keras.

“Melihat ketekunan ayah membawa seni tradisi ini ke merata tempat menguatkan tekad kami untuk melihat rebana keras terus hidup,” katanya.

 ?? [FOTO MUHAMMAD HATIM AB MANAN/BH] ?? Pewaris adik-beradik, (dari kiri) Hassan, Ahmad Yusof, Mustafa dan Mohd Izwan bermain rebana keras ketika ditemui di rumahnya di Klebang Besar, Melaka.
[FOTO MUHAMMAD HATIM AB MANAN/BH] Pewaris adik-beradik, (dari kiri) Hassan, Ahmad Yusof, Mustafa dan Mohd Izwan bermain rebana keras ketika ditemui di rumahnya di Klebang Besar, Melaka.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia