Berita Harian

Teruskan momentum ibadah, akhlak mulia selepas Ramadan

-

tahun ini sudah jauh meninggalk­an kita. Diharap segala amalan diterima Sang Pencipta. Pengharapa­n yang tinggi juga semoga dapat bertemu Ramadan tahun hadapan dengan misi menggapai takwa yang lebih baik!

Kini Syawal pula mewarnai. Menyambut Syawal disertai dengan rasa syukur, gembira dan tenang selepas melalui latihan pendidikan selama sebulan.

Allah SWT menganuger­ahkan hari kemenangan ini bukan tiket pelepasan kita untuk bebas tanpa solat atau tidak lagi pergi masjid dan surau, juga bukan keizinan untuk kita akhirnya menjadi hamba nafsu.

Menyedari dan memaknai kefahaman Aidilfitri, kembali kepada fitrah sebenar, wajar ia diterjemah­kan dalam memulakan lembaran baharu dengan pengekalan momentum ibadah dan akhlak yang mulia.

Sifat mazmumah atau tabiat buruk yang menjalar dalam diri terlerai dengan semangat keazaman baru. Tiada lagi hasad dengki, dendam kesumat, khianat atau iri hati sesama saudara sendiri.

Syawal menjadi kayu ukur memulakan langkah baharu untuk bebas daripada pengaruh syaitan dan hawa nafsu agar terus hidup sesuci fitrah manusia.

Lihat sekeliling. Betapa banyaknya cabaran untuk sama-sama kita betulkan. Isu kebersihan sebagai contoh, masih ada lagi masyarakat yang tanpa rasa bersalah dan segan silu membuang sampah dari kenderaan.

Sungai masih dicemari. Tandas awam kita? Semuanya memerlukan kesedaran dan keinsafan yang tinggi mengenai nilai keimanan.

Lihat saja bazar Ramadan atau bazar jualan menjelang Syawal. Betapa banyaknya sampah. Adakah ini akhlak yang diajar Islam?

Tazkirah tanpa henti ketika Ramadan perlu diterjemah dalam bentuk praktikal. Ramadan mengajar daripada sekecil perkara sehingga sebesar aspek.

Syawal tiba bagi meneruskan kesinambun­gan momentum akhlak mulia. Perubahan demi perubahan dilakukan dengan ilmu dipelajari bagi mengambil ibrah daripada berlalunya Ramadan.

Terus istiqamah

Pada bulan Syawal inilah, wajar untuk bermuhasab­ah meletakkan diri kita sama ada terus istiqamah atau tersungkur dalam perjuangan melawan hawa nafsu dan ajakan syaitan.

Syawal ini juga, perlu kita memahami bahawa hari raya bukanlah hari untuk menghabisk­an segala dana untuk menggantik­an segalanya dengan yang baharu.

Sikap berlebih-lebihan, bermewah-mewah, hiburan dan sebagainya adalah akhlak yang perlu ditinggalk­an. Pembaziran bagi tujuan menunjuk-nunjuk atau ingin menandingi orang lain dengan sifat sombong adalah amalan yang sepatutnya tidak lagi berada dalam kamus orang Islam.

Jika dimuhasaba­h, Ramadan juga mengajar bagaimana kita menghayati dan menyelami kesusahan golongan yang tidak berkemampu­an.

Maka dengan itu, meraikan Syawal selepas bersungguh melaksanak­an puasa Ramadan adalah sambutan yang bukan bertujuan untuk kita bermegah dengan pencapaian keduniaan dan kebendaan.

Justeru, sikap sombong perlu dikikis dalam erti ketakwaan dan keimanan kepada Allah SWT.

Ayuh perbaharui tekad dan keazaman untuk menjadi umat Islam terbaik. Aset akhlak mulia yang dijunjung tinggi tidak hanya diteorikan tetapi melalui pelaksanaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia