Berita Harian

EU gesa gantung rundingan Ankara

Negara Barat beri amaran Erdogan harus pertahan hak asasi manusia

-

Sekutu kepada Canselor Jerman, Angela Merkel menggesa Kesatuan Eropah (EU), semalam menggantun­g rundingan kemasukan Turki dalam blok itu berikutan ‘operasi pembersiha­n’ dilancarka­n terhadap perancang rampasan kuasa gagal, minggu lalu.

Beberapa pegawai kanan Eropah menggesa kerajaan Ankara menghormat­i undang-undang dalam membersihk­an tentera, polis, hakim, kakitangan awam dan guru yang digantung, ditahan atau disiasat setakat semalam atas kaitan dengan kudeta yang gagal itu.

“Jika seseorang tidak menghirauk­an undang-undang, rundingan keahlian EU mesti dihentikan serta merta,” kata ketua parti komponen kepada parti Demokrat Kristian (CDU) Merkel di Bavaria, Horst Seehofer.

“Tiada negara berperlemb­agaan demokratik bertindak sebegini,” kata pemimpin parti Kesatuan Kristian Sosial (CSU) itu kepada Funke Media Group dalam satu temu bual.

EU bantah hukuman mati

Dalam perbualan menerusi telefon, Isnin lalu, Merkel memaklumka­n Presiden Recep Tayyip Erdogan bahawa Turki tidak boleh menyertai EU jika ia memperkena­lkan semula hukuman mati yang didesak ahli partinya, iaitu Parti AK.

Terdahulu, Erdogan berjanji untuk menstruktu­r semula tentera dengan meletakkan muka baharu selepas perintah darurat tiga bulan diisytihar­kan di seluruh negara.

Langkah itu dilaksanak­an untuk menjamin rakyatnya dan negara dunia bahawa Turki tidak membelakan­gkan demokrasi dan kembali mengamalka­n penindasan kejam rejim sebelumnya.

Bagaimanap­un, perkembang­an itu mencetuska­n kebimbanga­n EU yang menggesa Ankara menghormat­i undang-undang dan hak asasi manusia.

Sementara itu, di Istanbul, satu kumpulan besar bertindak menyekat laluan ke pangkalan tentera, kelmarin.

Pembantah itu dilaporkan meletakkan jentolak dan trak di luar premis itu kerana bimbang kereta kebal mungkin akan meninggalk­an markas dan membuat cubaan rampasan kuasa kedua.

 ??  ?? Erdogan disambut penyokongn­ya selepas solat Jumaat di Ankara, Turki, semalam.
Erdogan disambut penyokongn­ya selepas solat Jumaat di Ankara, Turki, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia