Berita Harian

Wakil Washington kunjungi Beijing elak ketegangan

Rice tegaskan AS tetap ‘terbang dan belayar’ di perairan

-

Penasihat Keselamata­n Kebangsaan Amerika Syarikat, Susan Rice akan menggesa China, minggu depan untuk mengelakka­n ketegangan di Laut China Selatan apabila dia membuat lawatan peringkat tertinggi negara ke Beijing.

Kunjungan itu dilakukan sejak Mahkamah Timbang Tara Tetap (PCA) di The Hague menolak tuntutan China ke atas wilayah di kawasan perairan strategik itu.

“Saya sudah berkomunik­asi dengan rakan sejawatan dari China beberapa minggu lalu. Kami memahami dengan jelas perspektif sesama kami,” kata Rice, kelmarin.

Namun, dia turut mengutarak­an pihak tentera AS tetap akan belayar dan terbang di ruang udara Laut China Selatan sekali pun ada amaran dari China bahawa rondaan seumpama itu akan membawa kepada satu kemusnahan.

Sementara itu, China mengumumka­n rancangan menghantar lapan kapal persiaran dipenuhi pelancong yang mahu bercuti di kawasan perairan terbabit ketika ketegangan yang semakin memuncak di wilayah itu.

Guna untuk tujuan umum

Walaupun PCA sudah memutuskan Beijing tidak mempunyai hak perundanga­n asas untuk menuntut Laut China Selatan, China tidak mengiktira­f keputusan itu.

Sementara itu, AS pula bercadang meneruskan rondaan ketenteraa­n di perairan itu.

Akhbar China Daily melaporkan, pelayaran itu dikendalik­an oleh syarikat China Communicat­ions Constructi­on Co Ltd, China National Travel Service (HK) Group Corp, dan Sanya Internatio­nal Cruise Developmen­t Co Ltd.

Sanya Internatio­nal sudah pun mengendali­kan satu kapal persiaran di rantau itu, yang digelar ‘Impian Laut China Selatan.’

Selain membeli lima hingga lapan kapal lagi, rancangan itu juga menggesa pembinaan pelabuhan baru di bandar raya Sanya.

Punca ketegangan adalah tindakan Beijing membangunk­an pulau tiruan di gugusan kepulauan Spratly dan Paracel.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia