Berita Harian

Pakar terapi kulit hitam cedera ditembak polis

-

Florida: Seorang pakar terapi kulit hitam yang cuba menenangka­n seorang lelaki autistik di tengah jalan berkata, beliau ditembak polis walaupun sudah mengangkat tangan dan berulang kali memberitah­u tiada siapa yang bersenjata.

Saat sebelum kejadian itu dirakamkan menerusi telefon bimbit menunjukka­n Charles Kinsey terbaring di atas tanah dengan tangannya diangkat, bercakap dengan pesakit dan polis yang mengepung mereka ketika itu.

“Selagi saya mengangkat tangan, mereka tidak akan menembak saya. Itu yang saya fikirkan. Mereka tidak akan menembak saya. Saya silap,” katanya kepada saluran WSVNTV ketika berada di hospital.

Beliau dimasukkan ke hospital bagi mendapatka­n rawatan kerana ditembak di kaki.

Gaduh dengan polis

Kejadian berlaku di tengah keganasan membabitka­n polis. Lima pegawai polis dibunuh di Dallas dua minggu lalu dan tiga lagi di Baton Rouge, Louisiana, pada Ahad.

Sebelum itu, seorang lelaki kulit hitam, Alton Sterling, 37, ditembak mati dalam pergaduhan dengan dua anggota polis kulit putih di sebuah kedai serbaneka.

Di Philando Castile, 32, juga berkulit hitam ditembak mati ketika ditahan dalam satu sekatan raya.

Pada sidang akhbar, Ketua Polis Miami Utara, Gary Eugene, berkata siasatan diserahkan kepada Jabatan Penguatkua­saan Undang-undang Florida dan peguam negeri itu.

Beliau menyifatka­n isu itu sebagai amat sensitif dan berjanji siasatan telus tetapi enggan mendedahka­n nama pegawai terbabit atau menjawab soalan wartawan.

Minnesota,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia