Berita Harian

Lelaki ‘kepala tin’ miliki kebolehan luar biasa

Jamie unik, dapat lekat benda berbentuk cawan atas kepala

-

Tidak dapat dinafikan setiap manusia ada memiliki bakat dalam kehidupan seharian, segelintir tidak pernah menyedarin­ya sehingga beberapa lama kemudian.

Inilah yang berlaku kepada seorang lelaki unik iaitu Jamie Keeton yang lebih popular dengan jolokan ‘kepala tin’, sejak 32 tahun lalu.

Lelaki berusia 47 tahun berasal dari Illinois itu memiliki kebolehan luar biasa sehingga membuatkan orang di sekeliling merenung dan bertanya soalan kepada beliau.

Kebolehan unik

Jamie mempunyai kebolehan unik dapat melekatkan benda berbentuk cawan di atas kepalanya. Tidak hairanlah beliau digelar sebagai ‘Manusia Menyedut Cawan’.

Mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya, beliau sangat nakal dan sering mengusik rakan sehingga mereka menggelark­an beliau sebagai manusia pelik.

Namun, ibu bapanya turut berpendapa­t anak mereka melekatkan getah pokok pine di kepala ketika memanjat pokok itu. Telahan mereka silap.

Pelekat semula jadi

Sebenarnya, kulit Jamie mempunyai pelekat semula jadi. Apabila bahan tidak berliang tertentu dilekatkan di atas kepalanya, ia cukup mudah.

Beliau yang sangsi dengan kebolehann­ya dan berjumpa doktor yang memberitah­unya, badan beliau sangat panas berbanding orang lain dan sebab itulah objek tidak berliang seperti tin melekat di anggota badannya. Inilah, aksi silap mata di sebalik sedutannya.

Susulan keistimewa­annya itu, keunikan kulitnya semakin mendapat perhatian dunia.

Jamie pernah muncul dalam rancangan televisyen dan berpeluang bertemu dengan selebriti, selepas itu menjadi terkenal.

Beliau juga pemegang Guinness World Record untuk semua kategori tin melekat di atas kepala.

 ??  ??
 ??  ?? Keeton memiliki keunikan luar biasa dan semakin mendapat perhatian.
Keeton memiliki keunikan luar biasa dan semakin mendapat perhatian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia