Berita Harian

Isner, Monfils mara tenis Terbuka Washington

-

Washington: Pemain teratas Amerika Syarikat, John Isner dan pemain pilihan kedua, Gael Monfils dari Perancis melangkah ke pusingan suku akhir Terbuka Washington ATP dan WTA dengan persembaha­n servis mengagumka­n dalam kejayaan mudah.

Isner melakukan 15 ace dengan menumpaska­n pemain Cyprus, Marcos Baghdatis 76 (7/3), 6-2 sementara Monfils mencatat 12 ace dan memenangi 22 daripada 23 mata daripada servis pertama bagi menundukka­n pemain remaja Croatia, Borna Coric 6-2, 63.

“Apabila anda memenangi kebanyakan mata dengan servis, anda boleh fokus terhadap pukulan anda dan anda kurang rasa tekanan,” kata Monfils. “Saya melakukan servis lebih bagus tahun ini. Saya mengubah beberapa pergerakan dengan kaki saya.

(gambar) Percaya servis sendiri

“Saya melakukan banyak servis dan ia berjaya, jadi saya gembira. Saya percaya dengan servis saya dan gelanggang juga pantas, yang mana membolehka­n saya bertukar daripada bertahan kepada serangan.”

Monfils, pemenang tempat kedua Washington 2011, akan bertemu pemain pilihan kelapan dari Amerika Syarikat, Sam Querrey yang menewaskan pemain Ukraine, Alexandr Dolgopolov 7-6 (7/5), 6-3.

Isner yang tiga kali memenangi tempat kedua di kejohanan itu akan berdepan dengan pemain pilihan kelima, Steve Johnson dari Amerika Syarikat, yang menewaskan pemain daripada pusingan kelayakan, Ryan Harrison 6-4, 6-4.

Johnson menjuarai mahkota ATP pertamanya bulan lalu di Nottingham.

“Dia bermain dengan sangat baik. Perlawanan ini bakal menjadi sangat sukar,” kata Isner mengenai Johnson.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia