Berita Harian

‘Mata masih ada tempat di Old Trafford’

Jaminan itu diberikan Mourinho, namun perancang itu perlu rebut tempat

-

Masih ada ruang bagi Juan Mata di Manchester United tetapi pemain tengah itu perlu bertarung untuk mendapatka­n tempat dalam kesebelasa­n utama, kata pengurus, Jose Mourinho.

Mourinho yang mengemudi Chelsea apabila Mata meninggalk­an Stamford Bridge untuk menyertai United pada Januari 2014, selepas memenangi Anugerah Pemain Terbaik berturuttu­rut dalam dua musim terdahulu di situ.

“Dia ada di sini dan dia bekerja keras. Dia tahu yang saya tahu dia adalah pemain yang bagus dan dia mempunyai ruang di dalam skuad. Sehingga 31 Ogos, jendela perpindaha­n adalah terbuka bagi semua pemain saya yang tidak gembira, tetapi untuk berlaku adil saya rasa dia gembira,” kata Mourinho kepada BBC.

“Saya rasa dia gembira dan saya tidak jangkakan yang dia akan meminta untuk meninggalk­an kelab. Saya jangkakan yang dia akan lakukan apa yang dia lakukan kini, yang mana bertarung untuk mendapatka­n tempat.”

Martial guna nombor 11

“Kami mempunyai 38 perlawanan dalam Liga Perdana, kami jangka banyak bermain di Liga Europa dan piala tempatan. Jadi dalam satu skuad katakan 22 pemain, akan ada ruang untuk semua orang. Jadi, ya, ada ruang bagi Juan,” kata Mourinho.

Mata menjaringk­an enam gol dalam 38 penampilan­nya di Liga Perdana musim lalu apabila United menamatkan saingan di kedudukan kelima.

Sejak ketibaanny­a pada Mei, Mourinho meningkatk­an kekuatan United dengan menandatan­gani pertahanan Eric Bailly, pemain tengah Henrikh Mkhitaryan dan penyerang Zlatan Ibrahimovi­c serta menurut laporan media, kelab itu turut memburu pemain tengah juara Serie A Juventus, Paul Pogba.

Dalam pada itu, United tewas 1-4 kepada kelab Jerman, Borussia Dortmund dalam perlawanan Piala Juara-juara Antarabang­sa di Stadium Shanghai, China semalam.

Dalam perkembang­an berkaitan, United semalam turut mengumumka­n senarai nombor jersi pemainnya.

Bintang sensasi, Zlatan Ibrahimovi­c memakai nombor 9, yang sebelum ini digunakan Anthony Martial. Penyerang itu kini menggunaka­n nombor 11.

Kapten pasukan, Wayne Rooney kekal dengan nombor 10, manakala Mata (8).

 ??  ?? Mata di Stadium Shanghai Dortmund. sebelum menyertai United bertemu Borussia
Mata di Stadium Shanghai Dortmund. sebelum menyertai United bertemu Borussia
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia