Berita Harian

Allardyce pengurus baharu England

-

London: Sam Allardyce dilantik sebagai pengurus baharu bola sepak England untuk tempoh dua tahun, umum Persatuan Bola Sepak (FA) England, di sini, semalam.

Allardyce, 61, yang gagal menjawat jawatan itu kira-kira 10 tahun lalu, bakal mengemudi skuad The Three Lions untuk mara ke pusingan akhir Piala Dunia di Russia pada 2018.

Penyandang jawatan, Roy Hodgson melepaskan jawatan berkenaan selepas England disingkirk­an oleh Iceland pada pusingan 16 pasukan terbaik Euro 2016 di Perancis bulan lalu.

Allardyce yang hanya pernah memenangi satu kejuaraan pada saingan Liga Ireland menerusi kelab Limerick City, melahirkan rasa gembira dan teruja dengan pelantikan­nya itu.

“Saya sangat berbesar hati dengan pelantikan sebagai pengurus England terutama selepas ia lagi bukan rahsia saya sememangny­a mengingink­an jawatan ini,” katanya menerusi satu kenyataan.

Tekad julang England

“Pada saya, ia adalah tugasan terbaik dalam bola sepak Inggeris. Saya akan melakukan segala-galanya bagi membantu England cemerlang dan sekali gus memberi kejayaan kepada penyokong.

“Dan paling penting, membuat penduduk dan negara berasa bangga,”.

“Tatkala fokus utama saya pada pasukan senior dan mendapatka­n keputusan positif, saya akan menggunaka­n pengaruh untuk melaksanak­an tugasan dengan baik dalam pembanguna­n pasukan di St George Park - kemudahan yang saya gunakan dengan beberapa kelab sebelum ini,”.

“Saya tahu kita mempunyai ramai pemain berbakat, komited dan sudah tiba masanya untuk melakukann­ya,” katanya.

 ??  ?? Sam Allardyce
Sam Allardyce

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia