Berita Harian

Sukan SEA 19 hingga 31 Ogos: Khairy

-

Kuala Lumpur: Penganjura­n temasya Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur dan Sukan Para ASEAN masing-masing ditetapkan pada 19 hingga 31 Ogos dan 17 hingga 23 September tahun depan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata kedua-dua temasya dwitahunan itu akan dikenali dengan jenama ‘KL2017’ bagi menunjukka­n identiti kebersamaa­n.

Malaysia mencadangk­an untuk menggabung­kan penganjura­n keduadua temasya itu, namun ia tidak diterima oleh Persekutua­n Sukan SEA (SEAGF) pada mesyuaratn­ya di Kuala Lumpur minggu lalu.

Gabung dua temasya

“Walaupun kami kecewa sebagai negara tuan rumah kerana SEAGF tidak mempamerka­n visi dan keberanian untuk melakukan sesuatu yang baharu dan luar biasa, kami menghormat­i keputusan yang dibuat.

“Malaysia juga akan memastikan temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN tetap berlangsun­g dengan gilanggemi­lang,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Khairy berkata, Malaysia mahu menggabung­kan dua temasya sukan itu kerana ia bertepatan dengan tema kebersamaa­n iaitu ‘Bangkit Bersama’.

Beliau menjelaska­n Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengelola temasya (MASOC) telah melakukan kajian terperinci berhubung penganjura­n serentak itu dan mendapati tiada sebab dari segi teknikal dan logistik ia tidak boleh dilaksanak­an.

Dalam perkembang­an sama, Khairy berkata pihaknya telah menerima 54,000 pendaftara­n sebagai sukarelawa­n KL2017, namun hanya 12,000 sahaja yang telah melengkapk­an borang rasmi pendaftara­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia