Berita Harian

Trio negara dipilih ke AJFC, Munich

-

Bali: Sharvin Selvakumar­an, Shankar P Ghanais dan Ruventhira­n Vengadesen akan mewakili Malaysia ke Kem Bola Sepak Junior Allianz (AJFC) di Munich, Jerman bermula 25 hingga 30 Ogos ini.

Tiga daripada 13 pemain remaja dari Malaysia itu berjaya menarik perhatian jurulatih skuad bawah 13 tahun (B-13) Bayern Munich, Maximilian Knauer dan Duta AJFC 2016, Giovane Elber sepanjang kem di Kelab Canggu di Bali, Indonesia yang berlangsun­g dari 19 hingga semalam.

Sharvin, Shankar dan Ruventhira­n adalah antara 50 pemain remaja berusia 14 hingga 16 tahun dari China, Korea Selatan, Indonesia, Taiwan, Thailand dan Malaysia yang menyertai AJFC tahun ini, namun hanya 14 pemain dipilih ke Munich.

Keputusan sukar

“Amat sukar untuk memilih hanya seramai 14 orang pemain daripada 50 pemain kerana mereka mempunyai bakat yang tinggi. Kami menyenarai pendek seramai 25 pemain dan mengenalpa­sti kemampuan mereka.

“Kami tidak melihat mereka sebagai wakil dari Malaysia atau Indonesia tetapi sebagai pemain bola sepak. Ia adalah satu keputusan yang sukar kerana mereka semua sangat bagus.

“Kami melihat dari semua aspek tentang pemain termasuk disiplin sehingga corak pemikiran mereka di dalam dan luar padang serta kerja berpasukan sepanjang dua hari di sini.

“Semua pemain menunjukka­n bakat mereka termasuk remaja dari Malaysia,” kata Elber dalam sidang media ketika mengumumka­n pemenang AJFC Asia 2016 di Hotel Alila, semalam.

AJFC adalah acara bola sepak tahunan yang diadakan di seluruh dunia sejak 2009 dengan AJFC Malaysia yang memulakan pada tahun 2012 diikuti oleh AJFC Asia pada 2014.

 ??  ?? 13 pemain ramaja Malaysia yang menyertai kem AJFC 2016 di Bali, Indonesia dari 19 Julai hingga semalam.
13 pemain ramaja Malaysia yang menyertai kem AJFC 2016 di Bali, Indonesia dari 19 Julai hingga semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia