Berita Harian

MU kekal di persada liga

Mudah tewaskan Drb-hicom di laman sendiri

- Oleh Nazri Abu Bakar

Melaka United (MU) kekal menerajui carta Liga Perdana selepas menewaskan Drb-hicom 2-0 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, malam tadi.

Lebih banyak menguasai permainan skuad Hang Tuah nyata memiliki kesungguha­n yang tinggi untuk mencipta kemenangan apabila mengasak sejak awal babak saingan bermula.

MU mula mencemaska­n penjaga gol Drb-hicom, Jibrail Kamaron pada minit ke-14 apabila Jasmer Mehat melakukan percubaan, namun sepakannya tidak menepati sasaran.

Kemudian giliran pemain import Melaka dari Palestin, Yashir Pinto yang berjaya menjaringk­an gol pada minit ke-21, namun jaringanny­a dibatalkan selepas berada dalam kedudukan ofsaid.

Anak buah Chong Yee Fatt yang diasak hebat tetap melakukan beberapa pergerakan menarik, namun benteng kukuh dibina pertahanan tuan rumah diketuai Alex Tudose menggalaka­n usaha pasukan pelawat.

Sepakan Nasrullah tersasar

Gol yang dicari MU akhirnya menjelma pada minit ke-27 menerusi kapten, Ilja Spasojevic yang menolak masuk hasil hantaran G Puneswaran sekali gus mengembira­kan kira-kira 12,000 penonton yang yang hadir walaupun dalam hujan renyai.

Peluang terbaik Drb-hicom menyamakan kedudukan hadir pada minit ke-40, namun sepakan Nasrullah Haniff Johan sekadar tinggi melepasi palang gol MU.

Aksi babak kedua menyaksika­n Drb-hicom memiliki peluang menyamakan kedudukan tetapi dua kali rembatan Arif Amirudin berjaya ditepis penjaga gol MU, Mohd Syazwan Yusof.

Spasojevic hampir menambah koleksi gol pada minit ke-62 dan R Surendran minit ke-74 tetapi rembatan mereka ditepis Jibrail.

Kemenangan mutlak MU menjelma menerusi Yashir Pinto pada minit 78 selepas merembat kencang dari jarak 30 meter tepat menuju penjuru kanan gawang pelawat.

 ?? [FOTO KHAIRUNISA­H LOKMAN/BH] ?? Spasojevic (kiri) meraikan kejayaaan merobek gawang Drb-hicom di Stadium Hang Jebat, malam tadi.
[FOTO KHAIRUNISA­H LOKMAN/BH] Spasojevic (kiri) meraikan kejayaaan merobek gawang Drb-hicom di Stadium Hang Jebat, malam tadi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia