Berita Harian

Kuala Lumpur lonjak tangga keempat

-

Kuala Lumpur: Percaturan Ismail Zakaria ternyata berjaya memerangka­p Perlis dalam saingan sengit aksi Liga Perdana di Stadium Selayang, malam tadi yang berkesudah­an skuad ibu kota menang 4-3.

Kuala Lumpur bermula baik apabila membuka jaringan menerusi Jonathan Cantillana yang menyempurn­akan hantaran Fahrul Razi Kamaruddin pada minit ke-14 permainan.

Anak buah Ismail terus selesa mendahului apabila gerakan menarik Cantillana dan Diego Inostroza menjelmaka­n peluang keemasan yang disudahkan dengan baik oleh Hafiz Johar pada minit ke-37.

Namun seminit kemudian, anak buah Dollah Salleh bangkit merapatkan jurang menerusi Famirul Ashraf Sayuti ketika tuan rumah seakan selesa dengan jaringan dua gol awal.

Bersambung babak kedua, Perlis terus mengasak dan hanya memerlukan kurang dua minit untuk menyamakan kedudukan menerusi Park Yong-jun yang menerima hantaran daripada Charles Chad.

Lima mata di belakang MU

Perlis mendahului permainan buat pertama kali malam tadi apabila Afif Amiruddin menjaringk­an gol ketiga pelawat yang bermula dari sepakan sudut pada minit ke56.

Tersentak dengan gol berkenaan, Kuala Lumpur bangkit menyamakan kedudukan menerusi Helmi Remeli yang menanduk tepat bola sepakan sudut minit ke-62.

Ketika permainan seakan berakhir dengan keputusan seri, tuan rumah diberikan sepakan penalti seminit sebelum tamat dan Leo Carioca memastikan tiga mata buat Kuala Lumpur dengan tendangan sempurna.

Kuala Lumpur melonjak satu anak tangga ke tangga keempat, ketinggala­n lima mata di belakang pendahulu, Melaka United.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia