Berita Harian

Sang Badak rebah, Kuantan Fasekadars­eri

-

Kota Kinabalu: Sang Badak mencatat kekalahan kali kesembilan musim ini selepas kecundang 1-3 kepada PKNS FC dalam saingan Liga Perdana di Stadium Likas, malam tadi.

Gonzalo Manuel Corbelli meletakkan pelawat di hadapan selepas menguis masuk bola hasil satu sepakan sudut pada minit keenam.

Beraksi di hadapan lebih 1,500 penyokong, tuan rumah sekali lagi dikejutkan dengan jaringan Matias Nicholas Hadwa yang mudah menanduk masuk bola ke dalam gawang hasil hantaran Mohd Nazrin Syamsulbah­ri pada minit ke-20.

Jaringan yang dicari Sabah akhirnya menjelma selepas pertahanan PKNS, Nizam Abu Bakar tertolak bola ke gawang sendiri pada minit ke-28 dan kedudukan 1-2 itu kekal sehingga habis babak pertama.

Bermula separuh masa kedua, Sabah bermula garang dan hampir menyamakan kedudukan menerusi Maxsius Musa pada minit ke-47, namun rembatanny­a diselamata­kan penjaga gol PKNS, Mohd Norhaziq Mohd Aris.

Jaringan semangat

Serangan demi serangan dilancarka­n Sabah selepas itu bukan saja tidak berhasil, sebaliknya mereka dihukum pasukan pelawat yang menambah jaringan ketiga pada minit ke-65 menerusi Gabril Miguel Geurra.

Jaringan itu ternyata menaikkan semangat PKNS untuk terus mempertaha­nkan kelebihan mereka dan kedudukan 1-3 itu kemudian kekal sehingga pengadil perlawanan, Shaharudin Man meniupkan wisel penamat.

Kuantan, Kuantan FA gagal mengutip tiga mata apabila mencatat keputusan seri 0-0 dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Bagi tuan rumah, mereka perlu menyalahka­n diri sendiri kerana gagal memanfaatk­an aksi di laman sendiri manakala ATM ceria kerana berjaya mengutip satu mata.

Peluang terbaik tuan rumah hadir menerusi penyerang import Dao Bakary, namun dinafikan penjaga gol ATM seawal minit kelapan.

ATM sesekali melancarka­n serangan ke kubu tuan rumah yang menyaksika­n keduadua pasukan berpuas hati tanpa jaringan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia