Berita Harian

TMJ mahu selesai sendiri

Jika perlu pertolonga­n saya sendiri akan panggil SPRM

- Oleh Mohd Azis Ngah

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan akan menyelesai­kan sendiri isu kegiatan rasuah dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tanpa memerlukan bantuan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Seperkara yang terakhir, kepada pihak SPRM, tindakan anda ibarat seperti begitu terhegeh-hegeh hendak menyiasat FAM, adakah anda mahu menyiasat atau lebih hendak tahu siapa yang memberi maklumat kepada saya.

“Banyak lagi kes-kes besar di dalam negara ini yang masih tak mampu SPRM selesaikan. Lebih baik berikan tumpuan kepada kes-kes yang belum diselesaik­an,” katanya menerusi kenyataan yang disiarkan Facebook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers, semalam.

Rabu lalu, BH Sukan melaporkan SPRM bersedia menjalanka­n siasatan berhubung kegiatan rasuah dalam FAM seperti didakwa Tunku Ismail.

Mengalu-alukan

SPRM menerusi kenyataan akhbar berkata pihaknya mengalualu­kan penyerahan maklumat berhubung dakwaan Tunku Ismail yang dikatakan mempunyai pemacu simpanan mudah alih (pendrive) mengandung­i pelbagai maklumat berhubung rasuah membabitka­n FAM.

Tunku Ismail berkata, maklumat di dalam pendrive itu adalah hak miliknya dan beliau sendiri akan selesaikan isu terbabit.

“Sekiranya saya mahu pertolonga­n SPRM, saya sendiri yang akan memanggil suruhanjay­a itu. Tidak perlu hendak diperheboh­kan mengenai hal ini,” katanya.

Justeru, beliau turut mengingatk­an mereka yang tidak ada kena mengena dengan isu itu lebih baik duduk diam sahaja.

“Selesaikan masalah dan hutang masing-masing. Masalah FAM ialah terlalu ramai pejuang FAM di luar FAM. Buat masa ini biarlah saya selesaikan isu ini dengan pihak tertentu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia