Berita Harian

PDRM boleh buat FELDA United gigit jari

Berdasarka­n aksi cemerlang ikat JDT pada saingan Piala Malaysia, The Cops mampu cipta kejutan

- Oleh Nazri Abu Bakar

Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin mampu memberi cabaran getir sekali gus membuat pasukan di tangga kedua carta, FELDA United FC pulang dengan menggigit jari pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Menerusi aksi cemerlang The Cops mengikat Johor Darul Ta’zim (JDT) pada kempen Piala Malaysia di gelanggang sama Selasa lalu, selain kekalahan FELDA United 1-0 di tangan Terengganu, ada ruang luas buat tuan rumah mencipta kejutan itu.

Jurulatih PDRM, Mohd Fauzi Pilus berkata, pasukannya mampu mengutip tiga mata, namun perlu bekerja keras mengekang asakan penggempur The Fighters diketuai Francis Forkey Doe yang bijak mencuri jaringan.

Elak kesilapan mudah

Sehubungan itu, beliau mahu anak didiknya tidak melakukan kesilapan mudah selain sentiasa bersedia untuk memastikan kubu tidak dibocori pelawat.

“Saya tidak menyalahka­n mana-mana pemain yang melakukan kesilapan pada perlawanan sebelum ini, sebaliknya saya mahu mereka menjadikan apa yang berlaku sebagai iktibar dan pengajaran.

“Semua dalam proses belajar dalam membentuk gaya permainan dan kemahiran yang tinggi. Justeru, kesilapan pasti berlaku, cuma kita perlu mengurangk­an kesilapan pada aksi berikutnya,” katanya semalam.

Beliau berkata, kemenangan amat diperlukan untuk memperbaik­i kedudukan di tangga kelapan liga kerana hanya perbezaan dua mata memisahkan PDRM dengan pasukan yang berada di tangga kelima hingga ketujuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia