Berita Harian

Jangan ulangi buat kesilapan: Razif

- - Oleh Asrol Awang

Kuantan: Pengendali Pahang, Razip Ismail mahu pemainnya tidak mengulangi kesilapan sama dengan membenarka­n lawan menjaringk­an gol awal ketika bertemu Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Sebaliknya, beliau meminta pemain mengekalka­n komitmen sepanjang tempoh perlawanan dan memanfaat peluang dimiliki dengan sempurna.

Katanya, ketika saingan liga memerlukan fokus yang tinggi dalam usaha memastikan Pahang kekal musim depan, tiada sebarang kesilapan yang dilakukan semua pemain untuk memastikan kedudukan dalam saingan liga selamat.

"Saya akui kedudukan ke-10 liga ketika ini belum selamat untuk mengekalka­n Pahang beraksi dalam liga ini musim depan. Oleh itu pemain perlu lebih bijak untuk memastikan mata diperoleh pada setiap perlawanan.

Manfaatkan segala peluang

"Saya percaya pemain melakukann­ya jika mereka dapat beraksi dengan lebih baik biarpun sedar Kelantan akan memanfaatk­an aksi di laman sendiri," katanya semalam.

Razip berkata, kelebihan yang dimiliki Kelantan tidak perlu dijadikan alasan kerana Pahang amat memerlukan mata kemenangan dalam usaha menjarakka­n kedudukan dalam carta liga.

Katanya, tiada pilihan lain kecuali mengutip mata di tempat lawan walaupun tewas 0-1 pada kempen Piala Malaysia.

"Saya percaya walaupun pemain menghadapi masalah kepenatan tetapi mereka perlu sedar bahawa mereka semestinya bijak memanfaatk­an segala peluang untuk menyekat lawan daripada meraih kemenangan.

"Oleh itu kerjasama berpasukan amat ditagih dan semua jentera lebih berfungsi dengan baik untuk mendapat keputusan positif," katanya.

 ??  ?? Razip Ismail
Razip Ismail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia