Berita Harian

Akhirnya dendam Nur Aiman terlerai

-

Kuching: Dendam lama pelumba basikal Terengganu, Mohamad Nur Aiman Mohd Zariff akhirnya terbalas apabila menjuarai saingan ujian masa 40 kilometer (km) Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak, di sini, semalam.

Catatan 56:17.753 saat menghadiah­kan emas pertama buat Terengganu dalam acara berbasikal. Dan lebih manis, kejayaan itu hadir selepas kelebihan 9.731 saat ke atas pelumba kebangsaan, Eiman Firdaus Mohd Zamri yang mewakili Johor.

Bermula sebagai pelumba terakhir, Mohamad Nur Aiman, 19, langsung tidak menoleh untuk merakam masa terpantas sekali gus menukar warna pingat kepada emas berbanding hanya perak ketika SUKMA Perlis dua tahun lalu.

Latihan di Thailand

Nyata pengorbana­n pelumba pelapis Terengganu itu yang terpaksa berpuasa dan beraya di perantauan ketika menjalani latihan selama sebulan di Thailand sebelum SUKMA membuahkan hasil.

“Ini masa terbaik saya. Rasa bangga apabila orang meletakkan harapan pada saya untuk menghadirk­an pingat emas dalam sukan berbasikal. Saya harap ia akan beri semangat kepada rakan-rakan saya dan juga atlet Terengganu dalam sukan lain.

“Saya rasa lebih bersemanga­t untuk lawan mereka (pelumba kebangsaan). Sebab itu sepanjang 40km saya cuba kayuh lebih laju,” katanya ketika ditemui selepas perlumbaan.

Emas itu menambah keyakinan Mohamad Nur Aiman untuk cuba mempertaha­nkan kilauan emas dalam acara ujian masa berpasukan dan turut mengharapk­an mampu mengulangi kejayaan ini dalam dua acara lagi yang disertai, lebuh raya dan kriterium.

“Ia (latihan di Thailand) banyak membantu peningkata­n prestasi saya. Jadi sasaran kali ini adalah untuk baiki pencapaian dua tahun lalu sekali gus menghadirk­an lebih banyak pingat emas.

Sementara itu, dalam acara ujian masa 30km wanita, terus menyaksika­n dominasi Terengganu apabila dua pelumbanya, Nur Aisyah Mohamad Zubir dan Aimi Iwasaki Muhammad Moritoshi menguasai dua tempat teratas.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia