Berita Harian

Thanabalan sandaran NS teruskan kemaraan

-

Kuching: Penyerang Negeri Sembilan, N Thanabalan berazam untuk membantu pasukannya meraih kemenangan pertama pada aksi terakhir Kumpulan D bertemu juara bertahan, Perak di Stadium Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), esok.

Pada aksi pertama semalam, pasukan itu terikat 2-2 dengan Pulau Pinang dan dua jaringan berkenaan adalah masing-masing menerusi Thanabalan pada minit ke-51 dan ke-93.

Keputusan diraih Negeri Sembilan itu membenarka­n pasukan berkongsi satu mata dengan Pulau Pinang selepas negeri Pulau Mutiara tewas 0-1 kepada pendahulu Perak, Rabu lalu.

“Saya akan cuba membantu pasukan, kalau boleh sehingga ke pentas final dan mencapai sasaran sendiri iaitu untuk muncul penjaring terbanyak di sini,” kata di sini, semalam.

Penampilan kedua

SUKMA Sarawak adalah penampilan kedua buat Thanabalan selepas di Perlis dua tahun lalu – temasya yang menyaksika­n dia hanya sempat beraksi pada perlawanan pertama peringkat kumpulan sebelum terpaksa diketepika­n akibat masalah kecederaan serius di bahagian lutut.

“Saya hanya sempat beraksi satu perlawanan iaitu bertemu Kelantan (di SUKMA Perlis) dan selepas itu tidak lagi dapat dapat bermain kerana cedera,” katanya yang ingin menebus kekecewaan­nya selepas Negeri Sembilan hanya sekadar mara ke suku akhir ketika itu.

Mengulas mengenai aksi pertama mereka semalam, Thanabalan berkata pasukannya banyak mensia-siakan peluang berharga terutama di babak pertama.

“Kami sedikit bergelut... kami melepaskan banyak peluang tetapi tak dapat lakukan penyudah.

“Dua jaringan lawan juga terhasil menerusi kesilapan yang kami lakukan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia