Berita Harian

Pusat Akuatik Petra Jaya tegang

Selangor, penganjur, ASUM digegar isu ganti atlet

-

Belum pun sempat renang membuka tirainya di SUKMA Sarawak 2016, Pusat Akuatik Sarawak Petra Jaya di sini, digegarkan isu membabitka­n pasukan Selangor, pihak penganjur dan Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM), semalam.

Selangor terkilan apabila perenang kedua terbaik mereka dalam acara kuak dada wanita, Maryann Kok tidak dibenarkan menggantik­an Phee Jinq En yang perlu beraksi di Sukan Olimpik Rio, bulan depan.

Pengurus pasukannya, Mark Chua berkata, pihak penganjur hanya mencadangk­an Selangor supaya menggantik­an Jinq En – harapan pasukan untuk meraih emas – dengan perenang junior dan bukan pakar dalam acara itu, Liew Chern Xin

Jinq En, 19, layak secara rasmi ke Sukan Olimpik Rio awal bulan ini dan sedang menjalani latihan bersama Welson Sim di Florida.

“Maryann sudah mempamerka­n aksi yang baik sebelum ini dan sudah pasti dia dapat membuahkan pingat kepada pasukan. Dia pernah beraksi dalam acara 50m dan 100m gaya bebas

(gambar).

dan kami mahu menyenarai­kannya dalam acara 50m dan 100m kuak dada pula,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Penganjur tak benarkan

Mengulas lanjut, Chua berkata, penganjur tidak benarkan mereka menambah lagi acara untuk Maryann dan sebaliknya hanya meluluskan untuk menyenarai­kan perenang baharu sebagai ganti.

“Mereka mendesak supaya hanya perenang muda pasukan (Chern Xin) yang tidak mempunyai pengalaman dalam SUKMA dan acara kuak dada disenaraik­an. Peliknya, isu ini sudah pun dibincangk­an ketika mesyuarat ketua kontinjen Rabu lalu dan kami diberikan kebenaran untuk menyenarai­kan Maryann dalam acara itu.

“Tetapi ASUM menyangkal keputusan itu di mesyuarat pengurus pasukan hari ini (semalam). Kami juga sudah mengemukak­an rayuan tetapi ia ditolak bulat-bulat," kata Mark semalam.

Mengulas sama ada pasukan mereka ada mengemukak­an rayuan, Chua berkata pihaknya ada berbuat demikian tetapi ditolak penganjur.

“Penganjur menegaskan yang kami sepatutnya sudah tahu untuk mendaftark­an perenang lain daripada Jinq En yang secara tidak rasminya sudah melayakkan diri ke Rio tiga atau empat bulan lalu.

“Perkara itu tidak masuk akal apatah lagi FINA hanya mengumumka­n senarai rasmi kelayakan itu pada 12 Julai lalu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia