Berita Harian

Industri alat perubatan pikat pelabur

Jumlah pelaburan terus meningkat, sedia peluang pekerjaan

- Oleh Suffian A Bakar

Eksport industri peralatan perubatan tempatan diunjur berkembang 15 peratus kepada RM17.8 bilion tahun ini, berbanding RM15.53 bilion pada tahun lalu.

Pengerusi Industri Perubatan Malaysia (AMMI), Hitendra Joshi, berkata unjuran pertumbuha­n itu berikutan industri berkenaan kalis kemeleseta­n ekonomi.

Katanya, permintaan terhadap peralatan perubatan global sentiasa konsisten, malahan meningkat dari setahun ke setahun khususnya dari negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) dan Eropah Barat, yang juga destinasi eksport utama negara.

Beliau berkata, eksport ahli AMMI tahun lalu dalam segmen itu bernilai RM8.36 bilion, peningkata­n 20 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Ini mewakili lebih 50 peratus daripada jumlah keseluruha­n eksport peralatan perubatan Malaysia pada 2015,” katanya ketika membentang­kan Laporan Tinjauan Peralatan Perubatan AMMI 2016 di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif 2 Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), N Rajendran.

Hitendra berkata, pelaburan terkumpul ahli AMMI setakat tahun lalu bernilai RM5.09 bilion, berbanding RM4.27 bilion setakat 2014.

Beliau berkata, antara cabaran dikenal pasti dalam industri itu ialah persaingan daripada pengeluar kos rendah, duti import dan halangan dagangan bagi produk buatan Malaysia, pematuhan kawal selia negara pengimport serta kekurangan penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) dalam negara.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud berkata, industri peralatan perubatan terus menarik minat pelabur dari dalam dan luar negara.

RM8.6 bilion jumlah pelaburan

Malaysia, katanya, mencatat pelaburan berjumlah RM8.6 bilion dalam projek berkaitan sejak 1980an, manakala pada 2015 sejumlah 30 projek dengan jumlah pelaburan bernilai RM1.8 diluluskan.

Beliau berkata, pada suku pertama 2016, pelaburan diluluskan meningkat 79 peratus kepada RM841 juta berbanding RM468 juta tempoh sama tahun sebelumnya, yang mana kirakira 76 peratus daripadany­a atau RM639 juta adalah pelaburan asing, manakala baki RM201 juta pelaburan tempatan.

“Projek terbabit bakal mewujudkan 2,380 peluang pekerjaan yang kebanyakan­nya berpendapa­tan tinggi dan berkepakar­an tinggi.

“Industri peralatan perubatan Malaysia berorienta­sikan eksport dengan lebih 90 peratus produk dieksport,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Rajendran.

 ?? [ FOTO AZHAR RAMLI/ BH ] ?? Hitendra (kiri) dan N Rajendran pada Pelancaran Laporan Tinjauan Industri Peranti Perubatan AMMI 2016 di Kuala Lumpur.
[ FOTO AZHAR RAMLI/ BH ] Hitendra (kiri) dan N Rajendran pada Pelancaran Laporan Tinjauan Industri Peranti Perubatan AMMI 2016 di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia