Berita Harian

Kekurangan tenaga kerja sektor ladang serius

-

Kekurangan tenaga kerja dalam industri berasaskan perusahaan, perladanga­n dan komoditi negara perlu ditangani segera sejajar perkembang­an sektor itu yang kini menyumbang nilai eksport mencecah RM117 bilion.

Menteri Perusahaan, Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata kekurangan tenaga kerja kini menjadi masalah paling besar dihadapi industri berkenaan, sekali gus menuntut isu terbabit diketengah­kan ke peringkat atasan.

“Sepanjang tempoh seminggu perjumpaan saya dengan pelbagai persatuan membabitka­n perusahaan perabot, pekebun kecil, pembuat sarung tangan dan pengeluar kelapa sawit, mereka banyak mengadu serta merungut mengenai soal kekurangan tenaga kerja sektor ini.

Susahkan pengedar

“Pengeluara­n sektor berkenaan meningkat melalui inovasi dan mekanisme yang dilaksanak­an kerajaan, namun kekurangan tenaga kerja tidak selari dengan pengeluara­n sehingga menyusahka­n pengeluar serta peladang itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan 2016 Parti Gerakan Rakyat Malaysia Kedah di Dewan Perhimpuna­n Cina Kedah di Alor Setar, semalam.

Siew Keong berkata, kekurangan tenaga kerja dalam sektor perladanga­n juga akan memberi kesan terhadap usaha meningkatk­an hasil kerana pengeluara­n industri terbabit yang mana penghasila­nnya 100 peratus di dalam negara.

“Eksport hasil perusahaan, perladanga­n dan komoditi adalah yang kedua terbesar selepas elektronik, namun kita kena sedar bahawa semuanya dihasilkan dalam negara bermula dari soal penanaman hinggalah kepada pengeluara­n produk itu sendiri.

“Ia berbeza dengan elektronik yang mungkin diimport dan dipasang di dalam negara atau sebagainya... jadi, kita harus fokus untuk memastikan tenaga kerja bagi sektor perusahaan, perladanga­n dan komoditi ini mencukupi,” katanya.

Sementara itu, Siew Keong berkata, pengeluara­n kelapa sawit negara merosot 16 peratus sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini berikutan cuaca panas kesan daripada fenomena El nino.

Bagaimanap­un, katanya, pihak kementeria­n menjangkak­an kemerosota­n di luar kawalan manusia itu akan kembali pulih dalam tempoh separuh kedua tahun ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia