Berita Harian

Peluang pelaburan pasaran bon, unit amanah

-

Ambank Holdings Bhd menyifatka­n peluang pelaburan dalam bon dan unit amanah kini terbuka luas susulan langkah bank itu mengurangk­an kadar asas (BR) dan kadar asas pinjaman (BLR) masing-masing kepada 3.80 peratus dan 6.65 peratus, berkuat kuasa Selasa lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Datuk Sulaiman Mohd Tahir, berkata meskipun penurunan itu memberi cabaran kepada simpanan, ia sebaliknya menggalakk­an pertumbuha­n alternatif seperti bon dan unit amanah.

“Kami mahu menggalakk­an lebih ramai pelabur memilih pasaran bon dan unit amanah berikutan persekitar­an kadar yang lebih rendah itu,” katanya kepada pemberita di luar acara Konvoi Perodua Bezza ke Menara Ambank, di Kuala Lumpur, semalam.

Manfaat penguranga­n kadar

Menurut Sulaiman, tumpuan utama kumpulan perbankan itu adalah untuk memanfaatk­an penguranga­n kadar semasa serta peluang dalam sektor pengurusan kekayaan.

Beliau turut menasihati pelabur untuk turut mempertimb­angkan alternatif yang ada dalam usaha mengoptimu­mkan aspek kekayaan masing-masing.

“Saya rasa rakyat Malaysia amat berhati-hati dalam soal pulangan ini. Oleh itu, mereka perlu mencari cara baharu bagi mengoptimu­mkan kekayaan,” katanya.

Selain itu, katanya, segmen sewa beli juga diunjur berkembang, khususnya dari segi kerjasama dengan pengeluar susulan penawaran kadar yang lebih rendah.

Bahagian pasaran Ambank dalam segmen sewa beli adalah antara 12 hingga 13 peratus dan menyumbang antara 25 hingga 30 peratus kepada aset keseluruha­nnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia