Berita Harian

Bank Rakyat sedia pembiayaan penuh Bezza

Tawar tempoh pinjaman sehingga 9 tahun

- Oleh Nora Mahpar dan Lum Chee Hong

Bank Rakyat menawarkan pembiayaan sehingga 100 peratus bagi pembelian kenderaan keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), khususnya kepada pelanggan yang ingin membeli PERODUA Bezza dengan tempoh pembiayaan sehingga sembilan tahun.

Pengarah Urusan yang juga Presidenny­a, Datuk Mustafha Abd Razak, berkata bank itu juga menawarkan Skim Ansuran Mudah sifar peratus kepada pemegang Kad Kredit-i baharu dan sedia ada untuk bayaran pendahulua­n bagi pembelian kenderaan PERODUA.

“Tawaran menarik ini bertujuan mengurangk­an beban pembeli untuk mendapatka­n wang pendahulua­n dan memiliki kenderaan terbabit tanpa halangan,” katanya kepada media pada majlis sambutan Konvoi PERODUA Bezza 2016 di Menara Kembar Bank Rakyat (MKBR), Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir, Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Dr Zahari Husin.

Kerjasama strategik

Mustafha berkata, kehadiran Konvoi PERODUA Bezza 2016 ke MKBR diharap dapat mewujudkan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak supaya dapat bersama-sama memperkena­lkan serta memasarkan produk masing-masing.

Konvoi itu bertepatan dengan promosi Kempen Ceria Beraya Bank Rakyat yang bermula 30 Mei lalu hingga 31 Julai ini yang menawarkan pelbagai kemudahan perbankan pembiayaan Kenderaan-i dan produk automotif lain dengan tawaran hadiah wang tunai sehingga RM400,000.

Kempen bercirikan kesejahter­aan dengan menggunaka­n tagline ‘Siapa Perlu Kami Bantu’ itu diperkenal­kan supaya pelanggan Bank Rakyat dapat menikmati kemudahan bank yang disediakan.

Dalam pada itu, Bank rakyat menyasarka­n peningkata­n penguasaan pasaran dalam segmen pembiayaan pembelian kereta PERODUA kepada 20 peratus menjelang hujung tahun ini berbanding 14 peratus ketika ini, dipacu oleh pelancaran Bezza.

“Dengan pelancaran sedan baharu itu, kami jangka penguasaan pasaran kami akan meningkat kepada 20 peratus menjelang hujung tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Zahari berkata, setakat ini PERODUA menerima sebanyak 5,000 tempahan dalam tempoh lima hari tempahan dibuka.

“Daripada jumlah itu, 50 peratus adalah bagi model 1.3L Advance, 35 peratus (1.3L Premium X) manakala baki 15 peratus untuk model 1.0L AT/ MT,” katanya.

 ??  ?? Mustafha (kiri) bersama Zahari, (dua dari kiri) mengibarka­n bendera Konvoi PERODUA Bezza 2016 di Menara Kembar Bank Rakyat (MKBR), Kuala Lumpur, semalam.
Mustafha (kiri) bersama Zahari, (dua dari kiri) mengibarka­n bendera Konvoi PERODUA Bezza 2016 di Menara Kembar Bank Rakyat (MKBR), Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia