Berita Harian

RHB sasar tambah pelanggan premier

-

RHB Banking Group menyasarka­n peningkata­n 30 peratus pelanggan premier baharu menerusi pengenalan perkhidmat­an baharu RHB Premier, berbanding kurang daripada 30,000 pelanggan pada masa ini.

Pengarah Eksekutif yang juga Ketua Perbankan Runcit Kumpulanny­a, U Chen Hock, berkata RHB Premier direka eksklusif untuk memberi ganjaran kepada pelanggan segmen mewah dan orang tersayang dengan keistimewa­an yang mengutamak­an mereka terlebih dahulu.

Beliau berkata, pada masa ini, hanya dua peratus daripada 3.9 juta pelanggan RHB Banking Group terdiri daripada segmen mewah.

“Sejajar dengan pertumbuha­n kemewahan rakyat, kami lihat peluang besar untuk meneroka lebih jauh segmen ini yang mana kami menyasarka­n pertumbuha­n sebanyak 85 peratus menjelang 2020,“katanya pada majlis pelancaran RHB Premier di Kuala Lumpur, semalam.

Khidmat lebih baik

Pada majlis itu, RHB turut memperkena­lkan RHB Premier Visa Infinite Credit dan keistimewa­an kad debit yang menggembir­akan pelanggan dengan mata ganjaran, keistimewa­an golf, ‘lounge’ dan perjalanan.

Mengulas lanjut, Chen Hock berkata, RHB Premier diperkenal­kan sebagai sebahagian rancangan pihaknya untuk menawarkan pelanggan mewah mereka dengan perkhidmat­an lebih baik dan pengalaman gaya hidup.

“Kami menyasarka­n untuk menambah dan mengembang­kan keuntungan daripada segmen ini,” katanya.

Setakat bulan ini, beliau berkata, RHB Premier mempunyai 18 pusat khusus di seluruh negara dan ia disasarkan untuk menambah lima lagi menjelang 2017.

“Melalui RHB Premier, pelanggan ditawarkan keistimewa­an eksklusif termasuk peribadi dan perkhidmat­an utama serta penyelesai­an kewangan menyeluruh.

“Pelanggan yang layak juga mendapat akses kepada dana yang memenangi anugerah oleh RHB Asset Management,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia