Berita Harian

Ego Avantiz taruhan terbaru HLYM

-

Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) memperkena­lkan model automatik terbaru, Ego Avantiz dengan sasaran jualan mencecah 1,000 unit sebulan.

Pengurus Besar Jualan dan Servis HLYM, Koh Eng Chan, berkata pelancaran model terbaru automatik keluaran HLYM bersempena pameran Yamaha Automatic World Motorshow itu bakal mengukuhka­n kedudukan jenama dari Jepun di pasaran domestik.

“Dengan tema ‘Lagak Ekstrem’, kami yakin Ego Avantiz bakal menyumbang kepada jualan positif kepada syarikat, terutama dalam segmen automatik,” katanya selepas pelancaran Ego Avantiz di Kuala Lumpur, semalam.

Pelancaran motosikal automatik atau lebih dikenali sebagai skuter itu dirasmikan oleh Pengarah Urusan HLYM, Datuk Jim Khor.

Yang turut hadir, Pengurus Besar Pemasaran HLYM, Voon Yin Kong dan Pengarah HLYM, Shinsuke Yamaura.

Ego Avantiz adalah model automatik kedua yang dilancarka­n HLYM tahun ini, selepas Nmax.

Tawar tunggangan selesa

Model yang menggunaka­n enjin 125cc SOHC ditawarkan pada harga jualan termasuk cukai barang dan perkhidmat­an (GST) sekitar RM5,700.

Ia ditawarkan dengan teknologi suntikan bahan bakar dan penyejuk udara BLUECORE yang menawarkan tunggangan selesa dan menyeronok­kan.

Teknologi BLUECORE juga memberikan kuasa yang mencukupi selain menawarkan penjimatan bahan api terbaik.

Sementara itu, Yin Kong berkata, pengenalan model Ego Avantiz tidak memberi kesan besar kepada model Nmax kerana ia menawarkan harga dan kapasiti berbeza.

“Ego Avantiz bakal menjadi pilihan kepada golongan muda yang ingin berjinak dengan model automatik kerana ia modelentry level, manakala Nmax dengan kapasiti 155cc untuk mereka yang ingin meningkatk­an pengalaman tunggangan,” katanya.

 ?? [FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] ?? Khor (tengah) ketika melancarka­n skuter terbaru Yamaha Ego Avantiz di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] Khor (tengah) ketika melancarka­n skuter terbaru Yamaha Ego Avantiz di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia