Berita Harian

Samsung unjur permintaan TV digital melonjak

Syarikat giat kempen penukaran set televisyen di luar bandar

- Oleh Che Wan Badrul Alias

Malaysia bakal menyaksika­n lonjakan permintaan set televisyen digital dalam tempoh dua tahun akan datang susulan peralihan sepenuhnya siaran televisyen analog kepada digital.

Ketua Audio Visual (AV), Unit Perniagaan AV Samsung Malaysia Electronic­s Sdn Bhd, Jason Foo Hsiang Hian, berkata ia berdasarka­n corak yang sama disaksikan di beberapa negara lain seperti Indonesia, New Zealand dan Singapura ketika proses peralihan siaran digital berlangsun­g.

Mula inisiatif digital

Justeru, katanya, Samsung sudah memulakan inisiatif digital sejak tahun lalu menerusi model televisyen digital paling rendah berharga RM999 (Siri J) dan tahun ini diteruskan dengan model Siri K yang turut dilengkapi penalaan siaran digital.

“Malaysia mempunyai kira-kira 31 juta penduduk dan sekitar 15 juta isi rumah, namun langkah menukar set televisyen ini sebenarnya penting kepada isi rumah di luar bandar berbanding penduduk bandar yang menggunaka­n siaran satelit.

“Sejak Mac tahun lalu kami sudah mulakan kempen kesedaran kepada penduduk di luar bandar, mungkin menjelang awal tahun depan lebih banyak pengguna menukar set televisyen kepada digital,” katanya selepas pengenalan ruang Samsung di Pameran AV Antarabang­sa di Kuala Lumpur, semalam.

Menerusi pameran tiga hari sehingga Ahad ini, Samsung mengetenga­hkan kecanggiha­n teknologi paparan Quantum dot pada Siri Televisyen terbarunya SUHD TV yang dipertingk­at dengan sistem teater kediaman termaju.

Sepanjang pameran itu, gergasi elektronik dunia itu turut melanjutka­n tawaran istimewa bagi sistem audio HW-K950 Premium Soundbar dengan teknologi Dolby Atmos berharga RM5,999 yang ditawarkan bersama pemain Bluray (BD-H6500) bernilai RM499.

Samsung juga menawarkan sistem audio percuma Samsung Curved Soundbar bernilai RM3,499 dan pemain Blu Ray menerusi promosi beli dengan belian sistem pembesar suara 360 WAM bersama mana-mana model SUHD TV.

 ?? [FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH] ?? Foo bercakap pada pengenalan ruang Samsung di Pameran AV Antarabang­sa di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO NURUL SHAFINA JEMENON/BH] Foo bercakap pada pengenalan ruang Samsung di Pameran AV Antarabang­sa di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia