Berita Harian

Philips sasar buka sehingga 10 cawangan pada 2018

-

Malaysia terus mengukuhka­n operasinya di negara ini, dengan rancangan membuka sehingga 10 cawangan menjelang tahun 2018 sejajar dengan komitmen pelaburan jangka panjangnya di Malaysia.

Ketika ini, Philips mempunyai dua cawangan Brand Store di Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur dan Sutera Mall di Johor Bahru serta dua cawangan Experience Store di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Menara Axis, Petaling Jaya.

Pengurus Negara Philips Malaysia, Muhammad Ali Jaleel, berkata pembukaan cawangan baharu Brand Store di Johor Bahru yang menjadi pusat sehenti bagi segmen produk pengguna dan penjagaan kesihatan itu, susulan permintaan tinggi pengguna terhadap produk syarikat.

“Kami merancang membuka antara lapan hingga 10 cawangan yang membabitka­n pelaburan besar dalam tempoh tiga tahun ini, tertumpu kepada bandar utama termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Brand Store di Johor Bahru, semalam. Yang turut hadir, Pengurus Besar bagi Kesihatan Peribadi Philips ASEAN Pasifik, Srikanth Nott.

Tambah baik mutu kehidupan

Muhammad Ali berkata, pelaburan hartanah antarabang­sa yang semakin meningkat di Johor turut mendorong syarikat membuka Philips Brand Store di negeri itu, sekali gus mendorong kepelbagai­an demografik mendapatka­n produk diiktiraf seperti Philips.

“Ini adalah langkah lanjutan syarikat dalam merealisas­ikan matlamat untuk menambah baik mutu kehidupan menerusi inovasi kepada tiga bilion penduduk menjelang 2025,” katanya.

Philips Brand Store terbahagi kepada beberapa bahagian produk meliputi kelengkapa­n dapur, ibu dan penjagaan anak, dandanan lelaki, kecantikan, pembersih udara dan sistem menggosok.

“Pengguna boleh menikmati pengalaman produk Philips sebenar dengan mencuba sendiri produk, selain memahami ciri utama dan manfaat produk dengan mendapatka­n maklumat daripada kakitangan kedai,” katanya sambil menambah Philips mempunyai 21 pusat khidmat selepas jualan di Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia