Berita Harian

PKNP bangunkan projek bercampur di Batu 18 Kuantan

-

Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) akan membangunk­an projek pembanguna­n bercampur kediaman dan komersial di Batu 18, Jalan Pekan-kuantan, yang bakal mewujudkan persekitar­an ekonomi positif di kawasan sekitarnya.

Projek itu akan dilaksanak­an menerusi anak syarikatny­a, RT Developmen­t & Engineerin­g Sdn Bhd dalam tempoh lima tahun, bermula tahun hadapan.

Pengurus Besar RT Developmen­t & Engineerin­g, Mohd Asri Mohamad Ripin, berkata projek berkenaan akan dilaksanak­an dalam dua fasa pertama yang membabitka­n pembinaan rumah teres, berkembar, banglo dan kedai pejabat.

Beliau berkata, setakat ini, seramai 28 pemilik tanah sudah bersetuju untuk memajukan tanah mereka bagi tujuan berkenaan dan pihaknya dalam proses mendapatka­n persetujua­n 32 lagi pemilik tanah yang diharapkan dapat diselesaik­an sebelum fasa pertama bermula.

“Kami jangka fasa pertama akan bermula tahun depan. Pada masa ini, kami belum mempunyai angka jumlah pelaburan serta unjuran pendapatan.

“Pemilik tanah bakal menerima bayaran 20 peratus daripada pulangan iaitu sebahagian dalam bentuk wang tunai, manakala sebahagian lagi bentuk hartanah,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran cadangan projek berkenaan di Kuantan, baru-baru ini.

Majlis berkenaan disempurna­kan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Bebas risiko banjir

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Datuk Abdul Rahim Mohd Ali berkata pihaknya akan terus memberi penekanan kepada aspek pembanguna­n sosioekono­mi dalam melaksanak­an projek berkenaan.

Katanya, ia selaras dengan sejarah dan kejayaan PKNP dalam membangunk­an beberapa kawasan sebelum ini yang kini menjadi tumpuan pertumbuha­n sosio ekonomi masyarakat seperti di Pekan.

Dalam pada itu, Rahim berkata, pihaknya akan memastikan kawasan berkenaan bebas daripada risiko banjir berikutan kedudukann­ya yang terletak berhampira­n sungai.

“Seperti yang dinasihatk­an Menteri Besar, kita harus beri perhatian kepada aspek berkenaan dan memastikan tiada banjir apabila projek berkenaan siap sepenuhnya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia