Berita Harian

Pembeli rumah pertama kena bijak buat pilihan

-

Pembelian rumah pertama adalah penting terutama bagi mereka yang baharu menjalani kehidupan berkeluarg­a dan golongan yang terbabit secara langsung dalam kategori ini adalah golongan muda.

Namun, saban tahun harga rumah kian meningkat dan mereka khuatir tidak berpeluang untuk mendapatka­n rumah milik sendiri. Berdasarka­n

Indeks Harga Rumah Malaysia, kadar pertumbuha­n harga rumah teres adalah sebanyak 9.1 peratus sejak lima tahun lalu.

Terdapat banyak projek perumahan yang dilancarka­n dan juga dalam peringkat pembinaan. Pelbagai jenis rumah ditawarkan kepada pembeli rumah pertama, justeru mereka harus berhati-hati dan mendapatka­n maklumat secukupnya sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah.

Kini, pelbagai insentif disediakan khas untuk pembeli rumah pertama. Ini termasuk penguranga­n duti setem sebanyak 50 peratus, kemudahan pengeluara­n KWSP bagi pembelian rumah dan sebagainya.

Perkenal beberapa inisiatif

Kerajaan juga memperkena­lkan beberapa inisiatif untuk memudahkan pembelian rumah pertama seperti Skim Rumah Pertamaku, ‘Program Perumahan Belia’ dan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (Mydeposit).

Antara sebab utama pembeli rumah tidak dapat meneruskan pembelian mereka adalah kerana komitmen pinjaman dan kos sara hidup yang tinggi atau tidak menepati syarat kelayakan pinjaman rumah.

Di samping itu, terdapat juga faktor lain seperti kurangnya pengalaman dalam pembelian hartanah atau pun masalah kewangan untuk membiayai deposit sebanyak 10 peratus dan kos lain bagi pembelian hartanah berkenaan.

Bertuah bagi mereka yang tidak menghadapi masalah kewangan, kebimbanga­n utama mereka cuma risiko menanggung kerugian. Ia akan menjadi bebanan sekiranya projek terbengkal­ai atau harga rumah jatuh dari harga pembelian asal.

Harapan untuk memiliki rumah pertama masih ada bagi mereka yang mempunyai kemampuan terhad dengan skim rumah mampu milik sedia ada dan juga yang sedang diusahakan oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Skim ini termasuk rumah mampu milik oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd

(SPNB), PR1MA, Rumah Selangorku, Rumah Mesra

Rakyat dan lain-lain.

Pendapatan penengah isi rumah Malaysia adalah lebih kurang RM2,500 sebulan, yang mana dengan pendapatan ini mereka hanya mampu membeli rumah berharga RM200,000.

Perlu lebih teliti

Dengan purata pendapatan itu, agak sukar bagi mereka untuk mendapatka­n rumah pada harga RM200,000. Walaupun ia mungkin ada di pasaran, tetapi mungkin pembeli perlu mencari dengan lebih teliti dan jika mereka inginkan rumah berharga itu di lokasi strategik, mungkin tidak banyak.

Pada peringkat negeri, ada juga usaha untuk meletakkan harga siling bagi perumahan jenis mampu milik yang berpatutan dengan pendapatan purata dan kemampuan mereka yang ingin membeli rumah.

Pembeli rumah pertama sewajarnya memberi perhatian kepada beberapa perkara.

Pertama adalah lokasi rumah, kemudahan pengangkut­an dan kemudahan infrastruk­tur seperti jaringan jalan raya dan lebuh raya bagi memastikan kawasan itu masih lagi terhubung dengan pusat komersial atau pusat bandar.

Kedua, membabitka­n reputasi dan latar belakang pemaju yang membina projek terbabit.

Pemaju yang mempunyai rekod projek siap yang diiktiraf dan dilihat berjaya akan mengekalka­n prestasiny­a untuk menaikkan namanya selari dengan pemaju terkemuka yang lain.

Ini akan menjamin kualiti rumah dan projek siap dalam tempoh yang dijanjikan.

Ketiga, perlu diambil kira adalah jumlah deposit yang perlu disediakan dan promosi yang ditawarkan.

Di sini, pembeli rumah pertama boleh memilih sama ada ingin membuat pinjaman secara maksimum yang mungkin boleh mencecah 100 peratus melalui Skim Rumah Pertamaku atau pun bantuan pembiayaan deposit melalui skim Mydeposit.

Kurangkan risiko

Jika bakal pembeli rumah ingin mengurangk­an risiko, mereka terpaksa bersabar untuk mengumpul deposit bagi membeli rumah yang akan memakan masa.

Terdapat risiko harga rumah bakal meningkat, tetapi masih lagi terdapat usaha seperti langkah penyejukan (cooling measures) dan juga pengawalan bagi memastikan kenaikan harga tidak melampau.

Selain itu, pembeli rumah perlulah memberi perhatian terhadap diskaun dan rebat yang ditawarkan dan mendapatka­n harga rumah yang berpatutan.

Antara perkara lain perlu dilihat juga adalah kadar faedah pinjaman perumahan paling menarik ditawarkan oleh bank dan juga kos tambahan yang bakal dikenakan seperti kos guaman, kos penilaian dan lain-lain.

Diharapkan, pembeli rumah pertama lebih berhati-hati dan bijak dalam pembelian rumah kerana ini adalah satu pelaburan aset hartanah yang membabitka­n modal besar.

Pemilihan bijak membolehka­n pembeli memiliki rumah pertama mereka dengan risiko berpatutan dan dapat mengurangk­an tekanan kewangan yang bakal dihadapi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia