Berita Harian

FBM KLCI susut 0.12 mata

-

340 kaunter rugi, 350 kaunter tidak berubah, 614 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 1.38 bilion unit bernilai RM1.41 bilion daripada 1.81 bilion unit bernilai RM1.70 bilion pada Khamis.

Ketua Penyelidik­an Mercury Securities Edmund Tham memberi tahu Bernama prestasi lemah bursa tempatan itu sejajar dengan sentimen di bursa serantau.

Kospi Index Korea Selatan turun 0.09 peratus kepada 2,010.34 manakala Straits Times Index Singapura susut 0.04 peratus kepada 2,939.45.

Shanghai Composite Index China jatuh 0.87 peratus kepada 3,012.43 dan Hang Seng Hong Kong susut 0.16 peratus kepada 21,964.27.

Tham berkata, faktor luar yang lemah terutamany­a harga komoditi rendah termasuk minyak mentah dan penurunan kadar pertumbuha­n global oleh Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF), mempengaru­hi sentimen pasaran.

IMF menurunkan unjuran pertumbuha­n global kepada 3.1 peratus pada 2016 dan 3.4 peratus pada 2017.

Peniaga lain berkata harga minyak global turun berikutan kebimbanga­n lebihan bekalan global yang berterusan manakala penurunan ringgit juga menjejaska­n sentimen pelabur.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank turun 16 sen kepada RM19.30, Petronas Gas susut 24 sen kepada RM22.02, manakala TNB menokok enam sen kepada RM14.32, Maybank meningkat satu sen kepada RM8.03 dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.48.

Dalam kalangan saham cergas, TH Heavy menokok tiga sen kepada 11.5 sen, Sanichi susut dua sen kepada 12.5 sen dan Airasia X meningkat setengah sen kepada 38 sen. Indeks FBM Emas naik 13.62 mata kepada 11,611.17, Indeks FBMT100 menokok 11.58 mata kepada 11,307.22 dan FBM 70 menambah 58.80 mata kepada 13,216.15.

Indeks FBM Emas Syariah naik 26.07 mata kepada 12,213.36 manakala FBM Ace meningkat 39.86 mata kepada 5,440.39.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan berkuranga­n 48.12 mata kepada 14,101.64, Indeks Perusahaan turun 10.97 mata kepada 3,133.08, Indeks Perladanga­n susut 8.60 mata kepada 7,574.50.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 934.39 juta saham bernilai RM1.33 bilion daripada 1.23 billion saham bernilai RM1.60 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 265.69 juta unit bernilai RM52.67 juta daripada 366.82 juta unit bernilai RM69.86 juta sebelumnya.

Waran turun kepada 177.45 juta saham bernilai RM27.83 juta daripada 207.18 juta saham bernilai RM29.96 juta pada Khamis.

Barangan pengguna menyumbang 74.45 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (158.01 juta), pembinaan (56.11 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (424.88 juta), teknologi (63.83 juta), prasarana (10.45 juta), SPAC (5.50 juta), kewangan (38.46 juta), hotel (862,800), hartanah (64.57 juta), perladanga­n (21.96 juta), perlombong­an (sifar), REITS (15.27 juta) dan dana tertutup (23,700).

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia