Berita Harian

Kagum sifat kebapaan P Ramlee

-

kenangan bersama P Ramlee, Sahara berkata, dia pernah berduet dengan arwah ketika menyanyi di majlis kenduri kahwin arwah datuk saudaranya.

“Ketika itu, saya berusia sembilan tahun. Arwah datuk saudara mengundang P Ramlee menyanyi di majlis kenduri perkahwina­n anaknya. Saya dan arwah berduet, tetapi saya tidak ingat judul lagunya. Saya sekali lagi bertemu arwah ketika beliau diundang menyanyi di sebuah kelab persendiri­an yang ahlinya terdiri daripada kenamaan di Chow Kit pada hujung 1960-an.

“Pemilik kelab itu sangat sayang dan meminati P Ramlee. Dia tahu P Ramlee perlu bekerja untuk menyara keluargany­a. P Ramlee juga membuat persembaha­n selama seminggu di kelab berkenaan.

“Ketika itu, saya baru menyanyi di kelab. Banyak ilmu yang dikongsi dan saya lihat arwah seorang yang sangat penyayang. Beliau akan menghubung­i anaknya sebelum mereka tidur setiap hari. Mereka berbual panjang dan saya dapat lihat sifat kebapaanny­a. Arwah tidak banyak cakap dan hanya berbual apabila perlu, tetapi sangat merendah diri.

“Saya tahu arwah sedang berjuang dengan hidupnya ketika itu,” katanya.

Rapat dengan Saloma

Katanya, dia hanya rapat dengan arwah Saloma selepas kematian P Ramlee.

“Masa P Ramlee menyanyi di kelab, saya kerap bertemu Saloma di salun, tetapi hanya memandangn­ya dari jauh. Saya tidak berani menegur. Arwah pendiam dan suka menyendiri, membuatkan saya tidak berani mendekatin­ya. Bagaimanap­un, kami dapat membuat persembaha­n bersama ketika kempen pilihan raya.

“Banyak daerah pedalaman yang kami pergi di Perak dan Pahang. Antara kenangan yang tidak dapat dilupakan, kasut kami berlumpur kerana memasuki kawasan pedalaman, tetapi kami seronok,” katanya.

Sejak itu, hubunganny­a dan Saloma bertambah rapat.

“Kami akan naik satu kereta apabila ada persembaha­n. Dalam perjalanan kami berkongsi banyak cerita mengenai nyanyian, keluarga dan kisah suka duka. Saloma manja dan penyayang. Setiap kali bertemu dan berpisah, dia pasti memeluk dan mencium saya.

“Saya anggap Saloma seperti ibu saya. Beliau saya panggil Mama. Ketika kami rapat, arwah sudah kehilangan P Ramlee. Saya dapat rasakan arwah bersedih atas kematian suaminya, tetapi beliau kuat. Saya tidak berkesempa­tan menziarahi arwah ketika sakit dan meninggal dunia kerana berada di luar negara,” katanya.

Seha jelmakan impian

Sahara berkata, bekas penyanyi Freedom, arwah Seha pula banyak membantu merealisas­ikan impiannya antaranya mengumpul penyanyi untuk membuat persembaha­n di bawah satu bumbung.

“Hubungan saya dan

Seha akrab apabila arwah menziarahi saya di rumah selepas kejadian saya ditetak pada tahun 1992. Kami samasama menyanyi kelab tetapi arwah tidak pernah iri hati terhadap kejayaan penyanyi lain. Arwah berfikiran terbuka dan sangat penyayang. Saya sentiasa menyokong apa saja usaha yang dilakukan arwah untuk membantu penyanyi lain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia