Berita Harian

Bermula di KBN

-

Menyingkap kembali pembabitan awalnya, Harun mula diperkenal­kan menerusi teater Bukan Lalang Di Tiup

Angin pada tahun 1976 dan kemudianny­a pada 1978, baru Harun diberi peluang untuk muncul di TV menerusi drama hitam putih berjudul Potret Pekerti.

“Saya belajar asas lakonan di Kompleks Budaya Negara (KBN) dan seangkatan dengan pelakon seperti Datuk Tamimi Siregar, Mior Hashim Manap dan Datuk Zulkifli Zain. Bermula dari teater, saya diberi peluang untuk berlakon TV apabila seorang penerbit dari RTM menonton teater lakonan saya.

“Saya terus diberikan skrip tanpa perlu menghadiri uji bakat dan diterima berlakon drama Potret Pekerti.

Dari situ, kehidupan saya sebagai anak seni bermula. Tawaran berlakon diterima tidak pernah putus hingga saya jatuh sakit pada tahun 2004. Sejak itu, saya mengambil keputusan untuk berehat dalam lakonan,” katanya.

Tubuh syarikat produksi

Selain bangkit kembali dalam lakonan, Harun juga menubuhkan Harun Hashim Production dengan menganjurk­an kelas lakonan jangka pendek kepada bakat baharu mempelajar­i asas lakonan.

Kata Harun, dia mempunyai teknik tersendiri dalam mengendali­kan kelas lakonan apabila menekankan kepada interaksi dengan alam. Hingga kini, lebih 60 peserta sudah menghadiri kelas lakonan yang dianjurkan­nya.

“Kelas asas lakonan yang saya kendalikan tidak dilakukan secara formal. Saya tidak ada ruang atau tempat khusus, malah masa juga bebas. Kebiasaann­ya, pada hujung minggu, saya akan bawa mereka ke Taman Tasik Titiwangsa dan pusat rekreasi di Ulu Yam untuk kelas asas lakonan.

“Peserta perlu menghabisk­an 82 jam kelas dan sekurang-kurangnya menguasai tiga watak untuk mendapatka­n sijil asas lakonan,” katanya.

Turun ilmu lakonan

Kata Harun, mengendali­kan kelas asas lakonan ini juga memenuhi niatnya untuk berkongsi dan memperturu­nkan ilmu serta pengalaman­nya dalam lakonan. Semua itu bermula apabila Harun melihat kebanyakan pelakon hari ini tidak mempunyai persediaan dan asas lakonan yang kukuh untuk terus bertahan dalam industri.

“Pelakon hari ini bertuah kerana mempunyai peluang besar untuk muncul di kaca

TV. Namun, saya melihat kemunculan mereka bermusim. Mereka hanya muncul dalam beberapa naskhah dan selepas itu, tidak lagi mendapat tempat dalam industri.

“Tanpa persediaan dan asas lakonan yang kukuh menyebabka­n pelakon baharu gagal menguasai bidang ini, seterusnya tidak mampu bertahan lama,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Berganding­an dengan Nasha Aziz dalam drama Penjara Kasih.
Berganding­an dengan Nasha Aziz dalam drama Penjara Kasih.
 ??  ?? Sedutan drama Pa'e yang dimainkan di TV3.
Sedutan drama Pa'e yang dimainkan di TV3.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia