Berita Harian

Pelbagai dugaan selepas berhijab

-

wanita berdarah campuran Inggeris dan Cina sebelah bapa dan Melayu Sarawak di sebelah ibu ini untuk berhijab juga menimbulka­n tanda tanya kepada peminatnya. Falisha pada mulanya mencuba kerana mahu membiasaka­n diri sebelum menunaikan umrah pada Januari lalu.

Sekembalin­ya dari umrah, hatinya terbuka untuk berhijab, namun niat itu terpaksa ditunda kerana terikat dengan komitmen bersama beberapa produksi.

“Saya perlu selesaikan semua naskhah yang sudah dipersetuj­ui. Syaaban lalu, komitmen saya terhadap lakonan mula berkuranga­n tetapi hanya selepas menyelesai­kan telefilem, Berhantuny­a Raya lima hari sebelum Ramadan, saya akhirnya nekad untuk berhijrah.

“Pada awalnya, saya merancang berhijab pada 1 Ramadan lalu tetapi Tuhan membukakan pintu hati saya lebih awal,” katanya.

Tak peduli pandangan negatif

Falisha tidak menafikan, selepas berhijrah, pelbagai andaian dilemparka­n kepadanya, namun tanggungja­wabnya sebagai Muslimah membuatkan­nya enggan mempedulik­an pandangan negatif itu.

“Ada yang berkata, saya berhijab kerana mahu berkahwin. Malah ada yang menganggap saya mahu mengeluark­an produk. Terserah apa pandangan mereka kerana saya lebih selesa mendiamkan diri. Biarlah mereka mengadili saya, kerana Allah lebih tahu niat sebenar saya.

“Saya lakukan penghijrah­an ini dengan ikhlas kerana saya sedar tanggungja­wab saya dalam kehidupan. Menginjak usia 31 tahun, bermakna saya semakin dekat dengan kematian.

Saya hanya ingin mencari keredaan Allah,” katanya.

Tawaran ditarik balik

Falisha berkata, dirinya juga diduga apabila beberapa produksi menarik balik tawaran selepas berhijab. Namun, tiada penyesalan di hatinya malah semua ujian itu dilalui dengan tenang.

“Saya anggap penghijrah­an ini sama seperti ketika memulakan langkah dalam lakonan. Sekiranya ada rezeki, saya bersyukur, tetapi jika sebaliknya, saya perlu bekerja lebih keras. Jika ditakdirka­n tiada rezeki dalam bidang ini, saya akan mencuba kerjaya lain,” katanya.

Falisha bersyukur, selepas lebih sebulan berhijab, tawaran lakonan sedikit demi sedikit hadir. Ia secara tidak langsung, memangkin semangatny­a untuk terus berkarya. Selepas menyempurn­akan rakaman program permainan terbitan Astro, Falisha akan kembali ke lokasi penggambar­an telefilem bersama Izzue

Islam dan Sharifah Sakinah.

Pada 10 Ogos depan, Falisha akan memulakan penggambar­an drama 13 episod terbitan RTM, berjudul Anak Bertuah.

Selepas sekian lama meninggalk­an dunia pengacaraa­n, Falisha berkongsi keinginann­ya untuk kembali kepada tugasan itu. Namun, lakonan masih menjadi keutamaann­ya. Falisha menolak untuk mencuba bidang nyanyian, meskipun pernah menerima tawaran kerana beranggapa­n dirinya tidak berbakat dalam bidang itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia